Saturday 15 December 2012

SUDAH ENAM (6) BULAN

Assalamualaikum
Emmm hari ni juz nak bebel2 tentang baby pulak. Pejam celik pejam celik sekarang dah masuk 6 bulan. Tak boleh nak sembunyikan perut ni dah. Memang dh nampak. Seluar jeans biasa memang tak leh pakai. Dan aku dh mula pakai seluar untuk mommies. Tapi masih pakai tshirt sebab baju mommies tu kembang dan membuatkan aku rasa  tak selesa. 

Baby kian aktif. Nak nak waktu malam. Sampai kadang2 aku boleh terjaga dari tidur. Seronok sangat gamaknya perut dah besar, so boleh berguling dengan bahagianya. Bila perut makin membesar, uiiiii gatalnya kulit perut ni. Kalau tak sabar, garu memang syok. Mungkin boleh juling mata hitam ni hahaha. Memang dah amalkan sapu losyen baby dan bio oil kat perut. Tapi rasa gatal tu memang masih ada.

Aku pulak makin kerap buang air. Mungkin melambung tinggi la bil air nanti. Hahahaha. Makan jangan kata la. Sumbat aje. Mengidam? Setakat ni masih belum ada makanan yang betul2 terasa nak makan. Lega hati sang rumate kan? hihihi...

Jantina baby? Ce korang teka.... Aku pun tak boleh teka lagi. Tapi Tok Long pegang2 perut, dia kata dia dapat teka. Haaaa... Tapi takmo cakap lagi la kat sini. Kita tunggu la bulan depan ke atau bulan ke 8 ke lepas scan kita tengok betul ke tidak Tok Long teka... Jeng jeng jeng....

Doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga bersalin nanti ye... :)

Salam Sayang,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...