Thursday 27 December 2012

BISKUT KACANG KEMBANG TAPI SEDAP!!

Assalamualaikum
Sejak beberapa hari lepas aku macam gian nak mengoven. Dah lama tak buat kek, dah lama tak buat benda mengarut. Mulut ni dah teringin nak mengunyah balik. Patut la muka dah mula mengembang. So tercari2 resepi yang mudah dan bahan2 yang tak payah dicari dah.

Pada mulanya nak buat Kek Coklat Moist. Tapi sayangnya serbuk koko tak ada. Nak gantikan dengan milo, tapi tetiba macam malas pulak. Pastu pikir punya pikir, nak buat Puding Roti. Tapi susu segar tak ada, roti pun tak ada. Malas nak pegi beli. Pastu ternampak biskut kacang! Yawww!!! Maka terhasil lah Biskut Kacang Kembang Tapi Sedap. Hahahaha.


Ini loyang yang kedua. Loyang yang pertama buruk gila. Tapi hasilnya hamboi, kembang sampai tak muat berhimpit2. Macam perli tuannya aje kannnn... Tapi sangat sedap! Mabeles! 

Selalu aku pegi rumah orang, Biskut Kacang diorang macam dia blend hancur gila. Bila makan dia melekat kat dalam mulut. Yang aku buat ni, macam biskut kacang kt kedai sebijik seposen tu. Rangup!. Resepinya aku amik kat blog PCM ( Pak Cik Mat ) Tapi aku ubah2 sikit.

Resepi :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu kecik baking powder. jangan terlebih nanti kembang mcm aku punya.
- 1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya dan si kisar) jangan kisar terlalu hancur.
- 1/2 cawan gula halus
- sedikit garam
- 1 bijik kuning telur sahaja.
- untuk hiasan boleh calit kuning telur kasi lawa n letak la pape pun.

>> Cara nya campur semuanya, dan tuang minyak sehingga boleh digentel2  jadi doh. Gentel2 ikut suka bentuk macam mana, letak dalam loyang yang disapu dengan mentega or minyak. Then bakar selama 20 hingga 25 minit! Siap!! Adunan ni boleh dapat dalam 2 loyang aje. Dalam 50-60 biji.

Salam Sayang,

Wednesday 26 December 2012

TERIMA KASIH MINYAK CAP KAPAK

Assalamualaikum
Okey hari tu masa Tok Long datang rumah sini, dia teringin nak makan Kuih Bunga Cina. So aku pun senang hati buatkan lah untuk dia. Lagipun encik rumate memang suka kuih tu. Masa raya hari tu pun hanya dia yang duk telan sampai habis. 

Bahan2nya

sebelum dibakar

Dan masa loyang terakhir, secara tak sengaja aku terpegang loyang yang betul2 baru keluar dari oven tu. Aku lupa loyang tu panas dan senang hatinya aku nak angkat. Aku tak terus campak loyang sebab takut kuih tu hancur. So letak hati2. Pedih gilaaaaaa.... Cepat2 bukak air paip, alirkan air kat ibu jari dan jari telunjuk!

Dan makcik aku yang nampak, terus cakap 'keringkan tangan tu, sapu minyak cap kapak' perhhh minyak cap kapak????? Aku mulanya macam tak yakin. Yela tangan tengah pedih, nak sapu minyak cap kapak??? Gile???? Lagi la pedih kot!!!

So aku ikutkan aje la petua diorang. Terus aku sapu. Memula sapu memang berdenyut. Kalau tak sapu pun memang berdenyut jugak. Tapi tak sampai dalam masa 5 minit pun, denyut2 tu hilang, pedih pun hilang!! Memang menakjubkan. Hahahahaha.... Esoknya langsung tak timbul gelembung air. Alhamdulillah.

Minyak Cap Kapak
pinjam pic dri BLOG INI

So kawan2, sesiapa yang terkena minyak panas ke, terkena kuali ke, kalau tak nak kulit tu keluar gelembung air, sila sapu minyak cap kapak cepat2. Serius!!! Mujarab!!

Salam Sayang,

Monday 24 December 2012

SELAMAT HARI LAHIR KAKAKECIK!!

Assalamualaikum
Okeh semalam birthday my beloved sis, Kak Shida. Yang ke 32 tahun. Then pagi semalam kononnya nak buat video khas la. Godek2 lappy tak ada movie maker. So download cepat2. Bila dah donlod, gigih la pulak buat video kan. Alih2 bila save tak keluar pic. Keluar lagu aje. Adoi. So biar aje macam gitu.

Tadi chat dengan Kak Shida. Dia kata dia nak tengok juga video tu. Adoi, segan la pulak nak kasi tengok video yang tak jadi tu. So cari idea download screen recorder. Bila save, pic keluar tapi lagunya pulak tak ada. Huhuhuhu. So guna akai, combine video tanpa lagu tu dengan mp3 yang dah di combinekan. Huhuhuu. Akhirnya jadi juga.

Ekceli, video ni adalah projek sengal yang ke-2 untuk Kak Shida. Projek sengal yang pertama dah settle. Tapi maybe belum sampai. Dan ada lagi projek sengal ke-3 yang in progress. Tungguuuuuu hahahaha.... Seperaissss takkkk.... kikikiki...

So, kepada Kak Shida, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 32. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh!! I LOVE YOU!!! bye bye....!!!

p/s : jangan garang2, jangan bebel2, jangan terkejut yeeee.... huhuhuhuhu.... 

MENGIDAM NASI MANIS

Assalamualaikum
Dah lama tak update. Hari Jumaat hari tu pegi rewang rumah saudara. Jumaat tu kenduri anak perempuannya. Saja la tolong2 kan. Pegi pagi, petang tu baru balik. Tu pun jenuh nak kasi alasan nak balik. Ikutkan diorang tak kasi balik sebab malam tu akad nikah. Tapi tak selesa la, baju tak bawak, tak mandi.

Benda yang aku sangat suka buat kalau kenduri.
goodies bag! i loikeee!!!

Ni pulak pelaminnya. Cantik.

Esoknya pagi2 aku datang. Tapi balik awal sebab encik rumate nak solat Jumaat. Nak kena mandi2 dulu. Rumah aku dan rumah makcik ni agak jauh la jugak. Sebelum aku balik pengantin lelaki tak datang lagi. Pukul 3 lebih mcm tu baru diorang datang. Tapi aku dah balik.

Sebelum balik aku sebenarnya teringin nak rasa nasi manis. Tapi time tu semua orang tengah sibuk. Nasi manis pun diorang belum bawak keluar kasi jamu orang. Takkan aku pandai2 nak amik 2, 3 sudu. Then after Jumaat mintak encik rumate tolong bawak balik sikit untuk aku. Tapi sayangnya dia terlupa. 

So, kesimpulannya kat sini, aku mengidam Nasi Manis. Huwaaaa, dulu2 tak pernah pulak aku suka Nasi Manis ni. Sebab manis sangat. Ada depan mata pun buat 'dono' aje. Hadoiii.... 

Salam Sayang,

Friday 21 December 2012

RAMBUTAN PUNCA BATUK DAN SEMPUT??

Assalamualaikum
Okey memandangkan sekarang musim durian, rambutan, manggis, duku dan sebagainya maka aku nak cerita sikit pasal buah kegemaran aku. Buah pa? Semuaaaaa buah!! Tudiaaaa... Sakan aihhh... 

Memandangkan sedara2 aku ada mai tidoq sini dalam 2, 3 malam haritu maka dibawaknya buah tangan iaitu buah rambutan. Memang sukaaa sangat aku buah rambutan ni. Makan satu, satu satu satu satu tup2 habis dah. Dan aku ni kepelikan sikit kalau makan buah ni. Aku suka buang semua kulit, buh dalam bekas pastu simpan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk2 baru keluarkan dan makan. Nyum2.... Masyukkk!!

... nyum nyum

Rambutan ni banyak khasiatnya. Antara khasiat buat rambutan ialah mempunyai vitamin C, zat besi, protein dan karbohidrat. Tudia skema gila ayat. Tapi, dalam banyak khasiat pun makan banyak sangat boleh jadi semput dan batuk hokey!

Tapi!! Aku ada tips... Haaaa... Dulu aku kecik2 selalu batuk2 dan astma. So rambutan tak dibenarkan makan. Tapi ade makcik tu kasi petua, katanya boleh aje nak makan tapi kena makan jangan kasi bijinya menggelupas... Haaa?? Macam mana tu??


Bulatan HIJAU : biji rambutan yang menggelupas
Bulatan PINK : biji rambutan yang dimakan dengan elok.

So, kalau nak makan rambutan bagi yang batuk tu sila makan dengan hati2 jangan kasi bijinya menggelupas macam tu. Itu menyebabkan batuk akan menjadi. Tapi jangan la makan terlalu banyak sangat. Kang lain pulak jadinya. huh!!

p/s : entry dh lama buat tapi baru hari ni publish. esok2 ada cerita pasal kenduri saudara aku. mengidam nasi manis :(

Salam Sayang,

Sunday 16 December 2012

LILIN APA TAK ADA SUMBU?? JENG JENG JENG...

Assalamualaikum
Hari ni makan tengahari kami ikan panggang biasa dan ikan panggang kunyit serta sotong panggang. Cicah air asam, goreng sayur sikit dan sambal tempe. Kombinasi set makan tengahari yang agak lintang pukang. Hahahaha... Ada aku kesah?? Kebetulan sedara mara ada depa nak makan macam gitu, so okey aja la kan.

Yang kelakarnya, Ayah Wan aku tu ditugaskan untuk menyalakan bara api. Rumate a.k.a husben aku dah kasi dia lilin askar untuk memudahkan dia nyalakan api nak barakan arang. Ayah Wan pulak beriya2 kata dia pandai buat. So rumate dan yang lain2 buat kerja lain. Dalam 15 minit rumate pergi tengok Ayah Wan, dia masih duk sumbat2 surat khabar dekat tempat arang tu. 

"Kenapa tak guna lilin tu? Lagi senang nak nyala api..." Kata rumate

"Owh, dah tak boleh pakai lilin tu" Jawap Ayah Wan dengan inesennya....

"Tak boleh pakai kenapa? Aritu guna okey aje.." Sambil cek2 lilin

"Sumbu tak dak!" Sambil lap peluh...

Hadoiii keraih kami duk gelak tang tu jugak bila rumate cerita. Rumate pun cerita sambil tak tahan gelak. Kelakar sungguh Ayah Wan aku ni sorang. Sampai keluaq ayaq mata.

Errr korang tau dak lilin askar tu apa? Lilin askar tu lilin yang digunakan untuk masak. Selalunya askar2 bawak lilin tu masuk hutan untuk masak dalam hutan. Kalau siapa yang pergi BTN, atau kem, atau PLKN korang mesti tau pasal lilin tu. Lilin tu memang tak dak sumbu. Bakar aje then dia akan menyala.
Gini la rupa dia. Lilin tu petak aja. Yang besi tu kira macam tempat nak buh lilin dan atas tu buh la bekas nak masak dlm hutan. Tapi aku guna lilinnya sahaja untuk nak nyalakan arang.

Huuuu gitu la alkisahnyaaaa....

ikan panggang kami.. sotong xsempat nak snap!

ikan panggang buh kunyit. nanti dalam pantang makan mcm gini aje la dengan lada hitam with nasi panas2.

lilin askar yang Ayah Wan cari sumbu tak jumpa. hahahahaha

Mungkin ada yang tertanya2 mana nak dapatkan lilin askar ni. Aku pun tak pasti kat mana. Mungkin boleh dapatkan kat kedai2 hardware kot. Ntah. Hahahaha. Aku punya ni pun rumate punya lebih2 time dia pegi berkhemah. Dia suka aktiviti2 mcm gitu. Masuk hutan naik 4x4 penuh selut2. EEuuwwww...

Salam Sayang,

Saturday 15 December 2012

SUDAH ENAM (6) BULAN

Assalamualaikum
Emmm hari ni juz nak bebel2 tentang baby pulak. Pejam celik pejam celik sekarang dah masuk 6 bulan. Tak boleh nak sembunyikan perut ni dah. Memang dh nampak. Seluar jeans biasa memang tak leh pakai. Dan aku dh mula pakai seluar untuk mommies. Tapi masih pakai tshirt sebab baju mommies tu kembang dan membuatkan aku rasa  tak selesa. 

Baby kian aktif. Nak nak waktu malam. Sampai kadang2 aku boleh terjaga dari tidur. Seronok sangat gamaknya perut dah besar, so boleh berguling dengan bahagianya. Bila perut makin membesar, uiiiii gatalnya kulit perut ni. Kalau tak sabar, garu memang syok. Mungkin boleh juling mata hitam ni hahaha. Memang dah amalkan sapu losyen baby dan bio oil kat perut. Tapi rasa gatal tu memang masih ada.

Aku pulak makin kerap buang air. Mungkin melambung tinggi la bil air nanti. Hahahaha. Makan jangan kata la. Sumbat aje. Mengidam? Setakat ni masih belum ada makanan yang betul2 terasa nak makan. Lega hati sang rumate kan? hihihi...

Jantina baby? Ce korang teka.... Aku pun tak boleh teka lagi. Tapi Tok Long pegang2 perut, dia kata dia dapat teka. Haaaa... Tapi takmo cakap lagi la kat sini. Kita tunggu la bulan depan ke atau bulan ke 8 ke lepas scan kita tengok betul ke tidak Tok Long teka... Jeng jeng jeng....

Doakan semoga semuanya dipermudahkan hingga bersalin nanti ye... :)

Salam Sayang,

Thursday 13 December 2012

KOSONG KOSONG!!

Assalamualaikum
Kadang2 dalam hati kita terpendam satu perasaan marah, geram, benci dan lama2 bila dipendam ia jadi dendam. Tak dak la manusia yang tak pernah rasa marah or perasaan negatif gitu kan. Bila tak mampu nak luah, tak terluah dan sebagainya, ianya lama2 makin bernanah. Gitu lah jugak dengan aku nyaa...

Aku ni sekarang sedang mengandung 6 bulan. Emosi sangat tak stabil. Kadang2 cuba kawal tapi tu laaa noh, dugaan sungguh. Bila dah kahwin, bakal dapat baby pulak tu, aku kena bersikap matang. Nak tak nak, i have to!! Buang jauh2 sikap main2. Sikap kurang sabaq. Panaih baran. Haaa tudia.

Pagi tadi, aku terbaca tweet dari Prof. Dr. Muhaya yang berbunyi... Jeng jeng jeng...

Tetiba sayu je baca dan terus mark sebagai favorites gituu!! Baca banyak kali, baca berulang2, tetiba tersenyum....

Indah kan?

So dengan ini, aku dengan seikhlas hatinya ingin mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa dari sebesar2 planet hinggalah sekecik2 kuman. Dan aku juga dengan berbesar hatinya memaafkan segala apa yang terbuku di hati kecik aku ni... KOSONG KOSONG okey??

Positifkan hati. Kalau boleh aku tak nak stress dalam waktu macam ni, tak nak baby dalam kandungan ni terpengaruh dengan sikap2 negatif dan perasaan2 negatif. 

p/s : buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. benda yang kecik usahlah dibesar2kan... 

Salam Sayang,

Tuesday 11 December 2012

RINDU SERINDU-RINDUNYA!!

Assalamualaikum
Hari ni mood ceria! Semalam pun tido agak awal sebab excited nak menempuhi hari esoknya (harini). Excited sebab hari ni aku boleh jumpa rumate! Dah 3 hari 3 malam berkeseorangan oiiii.... Jiwa gundah gulana, makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena... Penangan ketiadaan rumate disisi.

Tapi hari ni, hilang segala gundah gulana. Hope lepas ni tak ada lagi sedih2, tak ada lagi layan perasaan negatif sorang2. Tadi bangun awal, kemas2 rumah mana yang patut. Ni siap masak dah. Jap lagi mandi, pakai baju cantik2 sambut rumate balik. Dapat la kot lunch sama2. Maybe!

Dek kerana mood elok, tadi duk sapu porch kereta tetiba nampak 2 orang tu cuci longkang sepanjang lorong rumah aku. Kesian. Tengah panas. So buat sunquick letak luar pagar, kebetulan dia tengah korek pasir kat longkang rumah aku "bang, minum dulu bang...." sejam lepas tu tengok, erkk!!! licin!!! Kesian diorang. Semoga diorang dimurahkan rezeki. Amin.
Hahahahahaha!!!!
Aku lah manusia paling gembira tika dan saat ini... Rinduuuu rindu serindu rindunyaaaaa......!!!!! 

Salam Sayang,

Monday 10 December 2012

CHECK UP BULAN KE 6 TAK JADI

Assalamualaikum
Dah 2 malam tido sorang2. Dah 3 hari berkeseorangan. Rumate out station ke Kuantan. Esok baru dia balik. Bulan lepas checkup untuk 5 bulan, kena cucuk kancing gigi. Dan bulan ni untuk bulan ke 6 kena cucuk lagi la gamaknya. Selalunya kalau anak pertama kena cucuk 2 kali. Anak seterusnya sekali sahaja.

Sepatutnya memang checkup harini 10 November. Oleh kerana rumate tak ada so aku dah call minggu lepas mintak tangguh esoknya iaitu 11 November. Memula dia kata boleh. Tadi pagi dia call cakap kena datang hari ni jugak sebab esok doktor tak ada. Haihhh... Malas nak cakap banyak, pegi aje la.

Sayunya hati pegi checkup sorang2. Dua tiga hari ni sensitip sikit la. Teruk benor penangan mengandung ni. Dah sedaya upaya cuba mengentalkan hati. Tadi on da way ke klinik pun, dia mai sebak tiba2. Dekat 5 minit jugak la duk dalam keta nak kasi muka sememeh ni elok balik.

Masuk jumpa nurse, sembang2. Dia kata memang kali ni kena cucuk lagi sekali. Suntikan tu akan menyebabkan rasa lenguh2. Macam bulan lepas la, nak angkat bahu pun susah. Macam lumpuh sebelah tangan. Sakit pulak tu. So aku bagitau kat nurse yang aku datang drive sensorang. Lama jugak dia duk pikir2. Last2 dia kata datang 12 November! 

Suka dalam duka. Yang sukanya sebab dapat elak diri kena cucuk harini. Kembang kempis hati ni sebab harini xyah kena cucuk. Yang duka nya, esok2 memang kena jugak dan agak buang masa la bersiap2 sakan hari ni. Dah la jalan sibuk. Parking payah. Apepun, dah selamat sampai rumah. 

p/s : angin apa ntah, rumate call 2 kali aku tak angkat. tunggu kali ke 3 tapi xde pulak. pastu sebak tetiba rasa bersalah.... 

Salam Sayang,

Saturday 8 December 2012

KEMBALIKAN FACEBOOK KEPADA TIMELINE

Assalamualaikum
Sebelum ni ramai orang nak remove timeline facebook kan. Sebab tak biasa dengan rupa paras facebook yang baru tu. Termasuk la juga aku. Sangat pening dengan susun atur FB yang entah ape2. 

Tapi tadi tetiba aku rasa macam rindu nak pakai timeline. Sebab rasa macam comel aje kalau letak cover photo kannn... Macam mana nak kembalikan Facebook kepada Timeline?? Punye la susah nak search macam mana nak balik pada asal. Akhirnya dapat la. Senang saja!




Pertama sekali pi kat >> Setting >> Tools >> Extensions


Nanti kuar macam gini, dan untick!!


Dan dia akan jadi macam gini... Siap!!!

Automatik Facebook anda akan jadi Timeline balik... Sekian Terima Kasih.

Salam Sayang,

Friday 7 December 2012

JALAN-JALAN MAKAN HANGEN

Assalamualaikum
Seminggu dah tak update blog buruk ni. Makan angin kat rumah family kat Bangi dan ke rumah mertua kat Negeri Sembilan. Dah lama tak jenguk. Lagipun nak hantar Adik Is kat  mama balik setelah seminggu lebih bersama aku. 

Bila sampai kat rumah Bangi, kat sana ada family baru aku. Means family tiri aku. Ada akak  dan abang. Excited dia tengok perut aku. Katanya kecik2 dah pregnant. Hahaha. Main raba perut, geli tahu.

Then bila aku balik rumah mertua kat Nogori, aduyaiii lagi diorang excited. Yelah last aku balik aritu perut tak nampak lagi. Sekarang dah nampak. Baby pun kekadang aktif bergerak. Alhamdulillah.

Kesihatan kami sihat. Cuma kaki aku selalu sangat lenguh2. Pastu kuat sangat sentap. Even dengan roomate sendiri. Benda kecik pun aku nak kecik hati. Kadang2 tengah tengok TV, kepala landing kt riba pastu tetiba dia bangun, itu punnn aku boleh kecik hati. Teruk kan?

p/s : Minggu depan ke klinik untuk checkup bulan ke-6. Takmo scan dah. Nanti dah masuk bulan ke-8 baru nak scan balik. Dan semalam jugak genap 6 bulan aku bergelar isteri. 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...