Friday, 5 April 2013

KISAH URI DAN BAYI

Assalamualaikum,

Heeee, mood menaip sudah mariii, padahal tengah bosan duk menunggu game Candy nak renew nyawa hehehe... Duk terpikir2 nak bebel ape la pulak kali ni kan, so teringat time mak mertua mai aritu, dia cerita kisah tembuni/uri/plasenta dengan baby dalam perut. Haaaaa rupanya ada kisah disebalik uri dan baby ni...

Tapi cerita ni tak adalah dikatakan sahih, tapi mungkin dongengan semata2...

Menurut mak mertua, uri dan baby ni sebenarnya kembar tapi tak tau la sapa abang/kakak, sapa adik. Yela diorang memang bersama dalam perut sampai la bersalin pun kuar sama2. Tapi baby akan dikeluarkan dulu sebelum uri. Kalau uri keluar dulu, bahaya. Sebab tu uri kalau berada di bawah bahaya if dah sampai waktu nak bersalin...

Kisahnya, time baby nak keluar tu kata orang2 tua, depa (uri dan bayi) ada interaksi sesama diorang. Masing2 suruh kuar dulu. Uri suh baby, baby suh uri. Then uri kata, kalau dia kuar dulu, ibu dalam bahaya. So nak tak nak baby kena kuar dulu dan uri akan jaga ibu. Dan sebab tu, lepas baby keluar siap2 semua, baru doc akan keluarkan uri dan jahit tempat bersalin.

Dan banyak jugak la terbaca kisah mistik uri ni... Sebab tu nak tanam uri kalau boleh kena la beradab juga. Tak boleh la main campak2 aje. Ada terbaca kisah akak2 tu, depa buh uri dalam freezer sbb takut busuk sebelum nak tanam, tetiba babynya menggigil kesejukan. Dan ada juga tanam uri pi tekan2 tanah tu rapat2, jadinya baby mengerang macam mau dilepaskan dari sesuatu yang ketat.

Tak adalah kata suh taksub sangat. Tapi seeloknya benda2 yang keluar dari badan kita yang membabitkan darah daging kita perlula ditanam seeloknya. Even pad time kita datang bulan pun kita basuh dulu sebelum buangkan, inikan pulak uri.
ini la rupanya uri
Tapi macam mana nak tanam uri dengan betul? Haaaa... Klik sini... CARA URUSKAN URI BAYI....

Salam Sayang,

6 comments:

Lydia Miza said...

Ramai yg x tau cara urus uri sbnrnya

Che Rosliza Che Mat said...

tq share link running man dear...itu rupanya bentuk uri...tak pernah tengok walaupun anak tiga...tak sempat balik rumah dah tanam...

kiera'sakura said...

kami dah siap2 pesan kat suami. uri nanti biar dia je yang uruskan sebabnya uri kan hasil kita dengan dia jugak. jadi xkan nak suruh org lain uruskan

Ria Qistina said...

oh mcm 2 rupanya ya....hee..ma kasih kongsi ilmu...:)...btw, nice blog! :)

Ria Qistina said...

oh..mcm 2 rupanya....baik2x...hehe...btw, nice blog akak...:)

Diyana Hani said...

thanks sharing..hani follow sini,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...