Tuesday, 16 April 2013

SELAMAT TINGGAL PANTANG!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni dah 45 hari aku bergelar ibu. Bermakna tempoh pantang aku sudah tamat dengan rasminya. Hehehe. Hari ni jugak aku dah start makan ayam. Sarapan buh ayam, lunch pun buh ayam, diner pun makan ayam. Tapi memula nak makan tu rasa was-was. Betui ke aku nak makan ayam ni??? Hehehe tapi dah selamat masuk perut punnn...

Tapi pantang pun kena teruskan lagi. Sebab aku menyusukan baby. So makan minum kena jaga sikit la. Dari info yang aku dapat dari keluarga dan kawan2, makanan pedas tak boleh makan sangat. Nanti baby berak cair. Ais pun tak boleh minum, nanti baby kembung dan kita pun sakit urat. Maka elakkanlah. Kalau nak makan macam2 kena tunggu baby 6 bulan ke atas. Sebab dah mula kasi susu botol kan. Kalau masih nak breastfeed (BF) kena jaga. 

So, walaupun dah lepas berpantang ni, tapi masih kena pantang. Pantang ape?? PANTANG JUMPE MAKANAN!!!! Muahahahahahahahaha!!!

Selamat tinggal ikan panggang, selamat tinggal sup sawi, selamat tinggal lada itam tumbuk buh garam, selamat tinggal tungku, bengkung dan segalanya... Terima kasih atas jasamu selama 44 hari... Hehehe...

Ayammmm ayammmm come to meee... Omnomnomnomnom....

Salam Sayang,

2 comments:

sya ibrahim said...

Yay! Tahniah berjaya mngharungi proses brpantang. Satu nikmat bila dh habis pantang kan :)

kiera'sakura said...

lepas tue jangan makan benda berangin kan? takut anak kembung. kesian kt dia perut debung-debung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...