Monday 8 April 2013

KULIT KEPALA BAYI BERDAKI??

Assalamualaikum,
Pagi tadi pi cucuk Baby Aisyah untuk sebulan. Aku pi dengan mama dan Encik Rumate. Yela kali pertama, tak tau lagi ape kena buat kan. Lepas2 ni pi berdua aje la. Sebab akhir bulan ni mama dah nak balik Bangi pulak. Takpe... i will survive...!! 

Ok nak cerita, time tunggu turn tu, ada la sorang kakak ni pun tunggu turn jugak. Anaknya dalam 5, 6 bulan. Tapi badannya sangat kurus. Sangat2. Kesian sangat tengok dia. Kalau tengok memang orang akan fikir something la. Tapi mama beramah mesra la dengan kakak tadi. Tegur2 anak dia. Tanya demam ka? Hehehe, padahal nak tanya apa masalah. Hahahaha... 

Kakak tu kata anak dia kurang zat makanan, istilahnya disebut KZM. Minum susu tak berapa nak minum katanya. Macam pembesaran terbantut la. Nauzubillah. Pastu mama dukung2 baby tadi. Memang ringan gila mama kata. Tetiba aku dengar mama kasi nasihat kakak tadi. Dalam hati terkejut jugak la, sebab berani sungguh mama 'tegur' macam tu. Nak tau mama kata apa??

"Dik, ni kak nak kasi petua skit na. Tapi adik jangan kecik ati la. Ikutkan kak takmo kecikkan hati org. Tapi kak kesian tengok budak ni. Kak anggap macam cucu kak la na. Kalau ikut mertua kak dulu orang lama, kata depa kepala anak jangan sampai berdaki. Sebab kalau kepala anak berdaki, pembesaran anak akan terbantut. Susah nak naik badan..."

Akak tu pun jenis baik2. Sebab tu mama berani tegur sebab kesian kat budak. So nak tak nak mama terpaksa kasi petua tu walaupun sedikit sebanyak akan mengguriskan hati ibunya. Tapi yelah, orang bizi kerja mcm mana sekalipun, kebersihan anak kena la jaga.

Tapi mama kata, memang org2 lama kata gitu. Kalau kepala anak berdaki, budak tu susah nak naik badan. Tapi seeloknya jumpa doc la dulu. Tak salah kalau ikhtiar. Tapi kalau bab kebersihan, itu memang semestinya diutamakan, ye dak? Jadi sesapa ada anak kecik, kanak2, tolong la jaga kulit kepala anak. Tak susah pun kan. 

Semoga amik pengajaran. Tips orang2 lama ni kekadang ada betulnya juga. 

Salam Sayang,

5 comments:

suria lekatlekit said...

kerja x kerja awin bergantung pada org jugak.. ada akak tgk anak someone yg akak kenal ni.. nak kata dia keja x jugak tp kuku anak dia pun berdaki, panjang. kesian akak tgk. akak ni pn bkn la tahap rajin melampaui batas tp memang akak cuba jaga yg terbaik. lala masa kecik2 dulu pn kepala macam berkuping sikit sampai bawak jumpa dr.. dr kata x dak apa2. dia kata dia tgk x dak apa. tp akak hari2 masa dia tido buang kuping putih2 tu.akak risau.. tnya org tu ni syampo bagai. pdhal benda tu tak la serius.. normal je cuma kita perlu jaga jgn jd serius. Alhamdulillah walau lala lahir kecik tp dia membesar macam biasa.

Mrs. Abi said...

ha tu la kak, tapi yg akak awin tgk semalam tu, daki kt kepala tu tebal sgt. sekali pandang mcm kudis... kesiannn sgt... tatau la apa budak tu rasa, pedih ke, gatal ke... mybe mak dia biar lama sgt...

Kira Sakura said...

mcm tue ke. ok kami take noted petua mama awin tue. mekasih share ;D

sya ibrahim said...

Salam... Saya Sya dari blog syaibrahim.blogspot.com
Terjumpa blog awak ni dr blog kechixx.blogspot.com
Saya baru berjinak2 dengan dunia blog jadi kawan blog tak ramai. Sudi2 ler blogwalk di blog saya ni. Hehe.

Tertarik dengan entri yang ni. Kebetulan sy baru abis pantang. Anak2 sy semua dibotakkan selepas bersalin. Mula2 tak tahu nape nk kena botakkan. Sayang rambut, nak simpan panjang. Orang tua2 ckp elok dibotakkan utk buang 'kotor'. Makna kotor disini adalah daki2 yg lekat di rambut baby. Kotor ni menyebabkan tumbesaran n fikiran baby terbantut. Kata2 org tua2 kita jgn pandang remeh, adakalanya logik jgk utk kita ambil panduan. Inilah serba sikit pengalaman yg sy nak share kt sini. Harap betul, kalau ada yg salah tolong betulkan saya. :)

Unknown said...

lar.. sungguh kah?
thanks bkongsi

tapi kalau ikut petua. mcmana nak bersihkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...