Thursday, 19 September 2013

AYAH ATAU IBU YANG PALING CEREWET TENTANG ANAK?

Assalamualaikum,
Antara ayah dengan ibu, yang mana lebih cerewet tentang anak? Atau lebih pentingkan keselamatan si anak? Dua2 sebenarnya tapi yang melebih2nya si ayah la. Nak tau kenapa aku cakap macam gitu? Haaaaa... 

1. Bila Bermain
Kita si mak ni kan dah selalu duk dengan baby so kita tau la macam mana kondisi baby. Dia suka macam mana, dia tak suka macam mana. Then bila dia tengok kita bergomol2 dengan anak, sesekali geletek2 tup2 dia dah bebel... 

"Sakit anak tuuuuu...."

"Mengigau dia malam nantiiii....."

"Tak elok mcm tuuuuuu..."

Alahai... Semua tak boleh. Kalau tak bergurau mcm tu macam mana kita nak tengok respond baby kan? Aktif ke tak, apa perkembangan dia. Lagipun kena la latih dia kasar2 sikit tapi jangan sampai mencederakan. Kalau tak, nanti asyik manja aje. Jatuh sikit nangis, cubit sikit nangis, tengok orang tak kenal pun nangis. So kepada bapa2 sekalian alam, jangan risau ye...

2. Toys
Anak orang aku tak tau la mcm mana. Tapi kalau Aisyah, dia suka main benda yang bukan mainan dia. Yang paling dia suka ialah remote astro dan handphone. Si ayah pulak tengok anak main benda mcm tu dah kesian. Beli itu, beli ini nak kasi anak main. Satu2 mainan tu bukan murah. 
Ini antara sebahagian toys untuk Aisyah yang dibeli oleh ayahnya. Sekor2 bukan murah. Yang bola plastik belak kiri tu, RM50 tau! Geleng kepala aje aku ni bila ayahnya bawak balik menan. Yang doll topi biru tu RM39 kalo tak silap. Yang ulat gonggok telinga hijau tu pun sama RM39. Yang paling murah RM10, kura2 kuning tu. Beli kat pasar malam. Tapi dalam banyak2, remote astro jugak yang dia nakk...

Pantang nampak mainan, mesti nak beli. Keliru jugak la aku, ayah nak main ke anak yang nak main ni???

3. Bila Orang Ambik Anaknya
Ini lagi satu masalah. Bila berjumpa dengan kawan2 atau saudara mara atau sesiapa saja la, opkos la depa tengok geram, nak ciom, nak cubit pipi, nak gomol2, nak dukung... Tapi ayah dia mesti tengok semacam aje. 

Haritu pi rumah sedara. Tak rapat sangat. Ada kakak tu dukung Aisyah wat masuk dalam. Tatau la ke dapur ke, ke bilik ke... Aisyah tak nangis pun. So ingat boleh la melantak makanan yang makcik hidang. Alih2 ayah Aisyah kasi isyarat supaya pegi amik Aisyah wat keluar. Hailaaaaaaaa...

Kita pun rasa serba salah, nak pegi amik ke tak. Sama jugak bile orang nak dukung. Ayahnya mesti akan bebel kat aku bila sampai rumah kalau kasi anak kat orang yang dia tak berkenan. Contoh, orang tu berpeluh2, tak bersih, tak sihat, gatal2. Habis tu nak wat camne? Kena la jaga hati orang jugak kan. 

4. Bila Anak Berak
Aisyah ni dia sebelum ni berak kadang2 seminggu sekali. Kadang2 hari2. Time dia berak seminggu sekali tu, ayah dia punya la risau. Tiap2 hari pi opis, pagi mesej tanya berak ke tak... Tengahari pun tanya... Petang sebelum balik kerja tanya lagi. Dah sampai rumah pun tanya lagi. Selagi anaknya tak berak, selagi itu la bertalu2 tanya. 

Bila anaknya berak cepat2 la aku mesej bagitau dah berak. Terus call. Pastu nak tau dia kata apa? 

"Pic please..." 

Nak suruh kite snap pic taik anaknya dalam pampers tu. Dah la peram seminggu... Baunye saboooo aje lah! Haihhh... Katanya kalau tak send, dia nak balik tengok. Pernah haritu masa 1st time Aisyah tak berak seminggu, dia kata jangan buang lagi pampers tu. Dia nak balik tengok. =.='

5. Nyamuk/Katak
Aisyah ni kulit dia sensitif. Kalau kena gigit nyamuk mesti ada parut. Tapi cepat hilang. Sebelum tido dan sembur ridsect dalam bilik. Pastu nak tido pasang lagi ubat nyamuk letrik yang kena buh tablet keping2 tu kan. 

Kat rumah aku ni ada 3 jenis tablet keping tu. Fumakilla, Shieldtox dan Vape Q Mat. Tiap2 hari bergilir2 dia pasang. Katanya kalau pasang sejenis setiap hari nanti nyamuk tu tak rasa apa. Kebal. So kena tukar hari2 lain2 jenis. Katanyaaaaaaaaaa.

Malam tu, tetiba ntah macam mana ada anak katak masuk dalam rumah. Aisyah tengah tido time tu. Tolak ngan penyapu tetiba anak katak tu melompat2. Memula ayahnya macam geli jugak. Amik penyapu je tolak2 mcm main hoki kan. Alih2 bila katak dah nak dekat ngan Aisyah, dia kalut terus buang penyapu cekup dengan tangan. Hahahahaha. Aku bantai gelak aje la... Kelakar gile tengok...

Kesimpulannya, 
Memang ayahnya terlalu care pasal anak. Ibunya pun care jugak, tapi takde la terlalu care sampai cerewet gila pulak. Haihhhh... Kalau tengok dia main ngan Aisyah pun, alahaiiiiiii... Sib baik Aisyah perempuan, kalau lelaki, tatau laaaaaaaaaaaaaa....

Salam Sayang,

2 comments:

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! kite dgn hubby, rasenyer kite yg lagi cerewet kot :P

Lydia Miza said...

Pki tgn??? Hihihihi

Abi cam akak. X caye org ambik anak. Risau sgt2.. Klu org tu peluh aduhh risau giler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...