Saturday, 7 September 2013

KISAH JIRAN MULUT LEMBIK

Assalamualaikum,
Ekceli dah masuk 2 minggu kami pindah rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma kucing jiran or kucing liar selalu datang berak dlm kawasan rumah. Mungkin sesi orientasi dari mereka kot. Hahaha. Jiran2 pun ok la jugak, ramah. 

Nak cite pasal jiran. Memang tak habis. Sebab jiran kan ramai. Tapi dalam ramai2 jiran, ada sorang jiran aku ni sangat pelik! Jiran yang kat rumah lama tu. Okey now aku kat Kajang dan seminggu. Pagi tadi Encik Suami sampai dari Terengganu nak datang amik bini dia wat balik la kan esok. Hehehe. Then asben cerita tadi... Jeng jeng jeng... (ngadu kat bini lettewwww... hahahaa)

Jiran aku.
Jiran aku ni janda (Kak Zah). Umur lebih kurang mama aku la. Dia ni jaga anak orang (pengasuh). Dan dia jugak agak ramah. Selalu la jugak kasi kuih kat kami. Kalau tengok luaran memang baik. Tapi dalaman, sebaliknya. Sebelum ni owner rumah lama kami (Kak Nah) tu ade pesan, dengan Kak Zah tu jangan duk layan sangat. Memula kami blur la, okey je tengok Kak Zah tu. Alih2 baru tau, dia suke burukkan orang. Sebab dia penah burukkan mak budak yang dia jaga tu depan aku. 

Nak jadikan cerita.... Jeng jeng jeng....

Masa kami tengah sibuk punggah barang nak pindah, si Kak Zah ni mintak no hp owner rumah kami tu. So kami kasi aje la. Kot la dia ada orang nak sewa pulak kan. So malam semalam asben aku kata si owner datang nak tengok rumah dia. So asben aku tanya la dia, ada tak Kak Zah call sbb dia ada mintak no.

"Haaa, ada dia call... Ko tahu, malam2 bute call bagitau kat abang pintu pagar rumah ko tak kunci..."

"Laa yeke, sy memang tak kunci pagar pun sebab masa dapat aritu memang tak ada lock pun..."

"Ha tu la, abang bagitau dia tak pe la, memang pagar tu tak ada kunci pon. Lagipun mana ada barang ape dah. Kosong dah sume orang nak curi apa? Habis dia duk sebelah takkan tak boleh tengok..."

Pastu owner rumah tu pesan jangan duk dengar cakap Kak Zah. Memang mulut dia jahat. Nasib baik la owner paham masalah Kak Zah tu. Tak semena2 dia mintak no sebab nak mengadu ntah apa2. Padahal aku tak kacau dia pun. Hailaaaa patut la janda! Grrr sakit pulakkkk hati kite ni haaaaa... Padahal apa salahnya kalau dia cakap kat asben aku yang tiap2 hari pi rumah lama nak tengok apa yg patut kan. Or call ke tnya nape tak kunci pagar?? Haihhh...

p/s : macam2 jenis manusia la zaman sekarang ni

Salam Sayang,

3 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

perangai dia macam jiran akak. janda tua jugak la. sebaya mak2 kita.. mulut macam tu la depan baik belakang macam syaiton. baik jgn layan la awin Ooi.. buat hal sendiri sudah. sebab jiran macam tu sangat2 bahaya... dia manis depan belakang dia dok meracun kita. Beza jiran akak ni singh... jiran awin melayu. tu spesis wartawan bergerak..

Tuan Juhaida said...

salam,
mmg hati manusia ni sukar di duga.luaran nampak baik tp dalam hati kita tak tau kan.better sentiasa berhati2 n jgn percayakan org 100%.

Lydia Miza said...

Nampak sgt dia xde kerja nak buat. Hailaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...