Monday, 9 September 2013

KISAH AKU DARJAH SATU

Assalamualaikum,
Memandangkan sekarang ni musim adik2 kita nak menduduki peperiksaan UPSR, maka terkenang2 la aku pada zaman kanak2 sekolah rendah, berkain biru gelap tersebut. Lebih2 lagi time darjah 1. Hehehehe...

Masa aku darjah 1, entah macam mana aku tak reti nak tulis nama sendiri. Biasa la baru mula2 masuk darjah 1 kan cikgu akan kasi tag nama sementara yang besaq gedabak pin kat baju/ tudung kan. So pakai aje la. Then cikgu suruh keluarkan sebuah buku tulis yang cikgu dah kasi time daftar aritu. 

So dengan kesejukan suasana pagi dengan kelajuan kipas persis kipas helikopter tu dan keadaan sunyi sepi, cikgu pun kata "Haaaa, sebelum tu tulis nama masing2 kat depan buku tu... Nama sahaja..."

Ceee so masing kalut keluarkan kotak pencil. Pencil semua tajam2 nkooo, pemadam tak buang plastik lagi. Kihkihkih. Besaq pencil dari jari jemari. Bila orang sebelah dah start menulis, ada yang terkial2 termasuk aku. Hehehe... 

Pastu cikgu ronda2 la tengok murid2 menulis... Tapi aku dengar cikgu cakap kat orang lain " Taktau tulis nama? Awak nama apa? Sapa tak tau nak tulis tiru nama kat nametag tu. Tengok nama kat nametag yang cikgu kasi kat baju tu...." So aku pun tunduk la tengok nametag... 
Bila aku tunduk tengok nametag, aku nampak la tulisan nama aku tu. Oooooo ini ke nama aku..... Kata aku dalam hati... Bila aku tengok dari atas nampak macam gini la kannn....
Pandangan dari atas
So aku pun tiru la ape yang aku nampak tu tulis kat buku tulis berkenaan. Dengan bangganya dah siap aku pun hantor kat cikgu... Tapi tak lama lepas tu cikgu panggil balik pegi depan... Sebab terbalik....
Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...