Tuesday, 29 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 7 DAYS TO GO


Hyep!!


Bangi-Seremban
Lagi seminggu... Semalam pukul 9 mlm baru sampai kat Bangi. Pagi tadi duk pakat pi Seremban tengok2 persiapan yang nak tolong2. Yelah kan takkan nak lepas tangan macam tu. Lega rasanya bila kakak ipar cakap semua dah settle. Cuma hujung minggu ni nak kena pi beli barang2 nak buh atas hantaran, baju, kasut, handbag, perfume sume. Settle yang tu!
Apa persiapan?
Datang tadi pagi sdara2 depa dah ada duk kupas2 bawang nak buat bawang goreng katanya. Aku baru je nak pegang pisau nk kupas sama, si makcik tu tak kasi. So, terpaksa naik atas tolong2. Nasib baik tangan ni berseni nak buat riben2 yang mcm org letak kat hamper tu. Yezza!! 
Apa khabarnya my future imam?
Yang ada kat sana makcik2 dia aje. Yang muda2 tak bangun tido lagi. Termasuk la my future imam! Dah pukul 9 time tu. Tak pe dimaafkan. Sebab masa aku bertolak ke Bangi pukul 2 tu dia masih kerja lagi. Malam tadi baru dia gerak. Maybe nak dekat subuh td kot baru sampai umah dia. 
Belom kawin tak leh jumpa sangat!
Pukul 12 orang dh siap2 masak untuk lunch, baru le my future imam bangun. 1st time tengok dia muka baru bangun! Eeiii... Buruk gile! Hahahaha... Dah siap2 makan sume rehat2 sembang dengan family baru la gerak balik. Ada yang suh aku tido aje kat sana, tapi ada makcik tu cakap xboleh sebab belom kawin tak elok jumpa2 sangat. Tapi memang tak bawak baju pun. Xselesa la tido umah orang.
Bilik Pengantin??
Si kakak ipar sibuk pulak ajak aku tengok bilik pengantin. Belom dihias lagi. Katanya bilik tu memang dikhaskan untuk bilik pengantin kalau ada cucu cicit nak kawin. Memula aku tengok bilik tu, aku terkejut. Yelah kan, rumah nenek dia. Umah kayu sepenuhnya diruangan atas, dan bahagian bawah, iaitu dapur, separuh simen, separuh kayu. Dinding pulak tak tutup penuh sampai siling. Means if orang kat ruang tamu bahagian atas mintak bantal sebijik pun aku boleh baling kat atas mcm tu je... Haihhhh... Dan kalo orang lapik kerusi 3, 4 bijik, hulur kepala kat dinding tu, boleh nampak la dalam bilik tuh!


Kakak ipar aku tau aku terkejut, tergelak besar dia. Kata dia memang sengaja diorang kasi pengantin bilik tu. Katanya bilik tu belum dihias lagi. Lepas dihias cantik lah! Aku tak kisah selepas ke sebelum. Yang pasti selepas dihias pun, dinding tu tetap tak menutupi hingga ke siling!! 
Inai
Malam ni mungkin akan pakai inai kali pertama. Kata orang kena pakai 3 kali kan. So, sempat la tu. Ni mesti adik is dah tak nak aku suapkan dia. Sebab dia pelik tengok jari merah2. Huhuhu... Tapi tak nak lukis2 mcm orang buat tu. Emmm...




p/s : bimbang pulak bila aku tengok bilik pengantin tu!!


p/s : mungkin ni entry last or mungkin bukan last. sebab hari sibuk tak menentu. 


p/s : doakan aku ye!!





4 comments:

Unknown said...

tang blik pngntin tu lawak hahaha

Unknown said...

moga y baik2 bt kamu sayang

bab bilik tu.. kak rasa. esok2 ada syiling y guna kain kot..
skrang nie abaikan dahulu...

lagipun semuanya baru bt kamu

dan... nak syerlah.. masa kak bakal bsatu dgn en zalie,
2bulan kami tak bsua..

ingatkan masa akat nikah.. kami berdua kurus sbb rindu tak bsua..
sekali jer.. 2,2 mengembang dengan jaya..
stress asyik makannnnn jer,.,
hahahha,. lawak

Liyana Anuar said...

moga semuanye berjalan lancar ye ~ :)

aDisH.sHidA said...

baca gelak2 sambil tutup mulut bila part bilik tu awat takut depa kendap ke..hehehe...


waaaaaaaaah 3x pakai inai..mesti merah lawa nie..inai pokok ke

betul tu x elok jumpa selalu nanti hilang seri

(eh akak teringat kamu pg tdi..nk sms tp hp tgl d kedai)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...