Wednesday 4 December 2013

MENGHALANG NYAMUK DARI MENDEKATI ANAK

Assalamualaikum,
Sekarang musim hujan. Syok tido kan. Nyamuk pun syok hisap darah. Musim hujan macam ni memang banyak nyamuk. Paling kesian kat anak-anak. Bangun pagi tengok berbiji-biji kat muka, lengan. Alahai kesian. Padahal sebelum tido dah sembur ridsect. Nak tido pun pasang ubat nyamuk elektrik tu. Tapi tetap kena gigit.

Maka aku pun mencari alternatif lain bagi mengelakkan nyamuk menggigit kulit sensitif anakku Ecah tersebut. Bukan tak tau kulit Ecah tu, Kena gigit nyamuk tapi parutnya lambat hilang. 

So kakak aku mencadangkan aku menggunakan yang ini...

Macam koyok aje benda ni. koyak satu, then tampal kat seluar or belakang baju (supaya anak tak cabut) or kat cadar atau kat mana-mana bahagian yang boleh menghalang nyamuk dari mendekati. Kat walker bahagian bawah or kat basikal anak.

Baunya bukan macam ubat nyamuk pun. Baunya macam minyak urut. Hahahaha. Bau macam herba daun-daun kayu. Macam Ecah suka tido mengiring, so aku tampal kat seluar dia bahagian peha berhampiran punggung bila dia dah tido. Alhamdulillah setakat ni masih belum ada tanda nyamuk menggigit. 

Kalau elok, nak borong la banyak-banyak. Harganya dalam RM10.++/sahaja. Boleh didapati di MANJAKU, KASIH IBU atau mana-mana kedai yang menjual peralatan bayi. 

p/s : kalau untuk orang dewasa plak boleh try tampal koyok yg orang sakit kepala tu kat baju atau sapu minyak cap kapak kat bahagian terdedah mcm lengan.

Salam Sayang,

3 comments:

Lydia Miza said...

Rasa mcm nak amukk nyamuk je klu dia gigit anak kita kan?

Arra Ahmad said...

tak pernah tengok..hehe..kat umah stakat ni xde nyamuk.hehe

Kira Sakura said...

kira pun ada benda nie. tapi bukan yang ini la. dia yang ada gambar smile tue bau mcm lemon grass. jarang la nyamuk dapat lepas gigit uwais.

eh awin, org kata ubt nyamuk letrik tue x elok guna untuk jangka masa kita tido. lama2 nanti jantung jadi hitam mcm org merokok tue sbb ubat dia guna kuat. tapi tatau la kesahihan dia. ce awin try google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...