Permulaan yang baik untuk hari ni, permohonan cuti aku selama 2 minggu dah pun diluluskan... Alhamdulillah... Semoga semuanya berjalan dengan lancar selepas ni. Bukan cuti nak saja2 je. Tapi untuk hal yang lebih penting tentang kehidupan bakal ditempuhi kelak.
Aku akan start 3 June iaitu Ahad. Jumaat sebelum tu memang dah cuti dan cuti aku akan berakhir pada 14 June iaitu Khamis. Dan akan mula bekerja balik pada 17 June iaitu Ahad.
Dan aku tersangat lah yakin 2 minggu sebelum aku bercuti yakni minggu depan aku, bermulalah minggu sibuk sedunia. Semua kerja aku kena siapkan sebelum aku start bercuti. Ada 3 kursus yang aku kena arrange kan utk staff. Itu tak termasuk lagi hal2 lain. Takpe, bersusah2 dulu sekarang, bersenang2 kemudian.
Bila aku dah start bercuti, emm mungkin sebelum tarikh cuti tu iaitu 31 Mei atau 1 June aku kena terus ke Bangi mungkin. Banyak hal belum settle. Baju untuk majlis belum try lagi. Tapi nasib baik bakal kakak ipar aku tu banyak bantu. Katanya saiz badan aku standard2. Maybe kena edit kasi kecik aje skit. So, xde hal la.
Nak sampai pada tarikh 6 June, konpem kesibukan masih dalam keadaan kritikal. 6 June kemuncak kesibukan. 6 June tarikh yang perlu aku ingat sampai bila2. 6 June tarikh yang perlu aku kenang hingga ke akhir hayat. 6 June semoga tarikh itu kekal selamanya. 6 June tarikh sah aku adalah miliknya....
p/s : mungkin orang pelik kenapa terus nikah? cakap nk tunang kan? ye memang sepatutnya tunang pd tarikh tu tapi disebabkan persetujuan keluarga dikedua2 belah pihak, maka majlis nikah dibuat terus.
p/s : tapi kenapa nikah dirumah pengantin lelaki? bukan ke spatutnya nikah dirumah pengantin perempuan? ye memang sepatutnya dan selalunya org buat mcm tu, tapi disebabkan nenek pengantin lelaki sudah agak uzur dan lanjut usia, maka kedua2 belah pihak bersetuju dinikahkan dirumah pengantin lelaki.
p/s : kendurinya bila? kenduri sebelah pengantin perempuan insyallah akan dibuat selepas raya nanti. Coz waktu tu sanak saudara rmai bkumpul. So, majlis nikah dan kenduri di sebelah pengantin lelaki dibuat terlebih dahulu. Sebab tu la nikah kat rumah pengantin lelaki. Takkan la nikah kat Kedah then balik Seremban nk kenduri.... Jauh kan?
p/s : dah ready ke? takot sebenarnya....
3 comments:
semoga semua nya berjalan lancar seperti dirancang dan dipermudahkan olehNya...jgn lupa akak erk..apa janji malam tu...hehee
Mudah-mudahan berjalan lancar semuanya,
Post a Comment