Huii... Assalamualaikum...
Lagi aku nak cerita kisah cinta En. Abi. Sapa En. Abi, apa hubungan aku dengan En. Abi, dan segala macam persoalan, sapa yang nak tau klik aje link kat atas nu haaa.... Takkan aku nk story dari mula. Bila la nak habis kan....
Okey jom aku nak memulakan bicara kisah seterusnya...
Setelah beberapa hari dari kejadian lepas. Seperti yang aku cakapkan pada entry lepas, aku pun dah tak ingat sangat selang tempoh masa antara satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Sebab tempoh perkenalan aku dengan En. Abi tak la terlalu lama. Aku mula kerja pada awal bulan Jun 2011 dan resign pada akhir Disember 2011. Ianya berlaku terlalu cepat dan tak terduga...
En. Abi, selalu buat aku rasa macam main tarik tali....
Suatu hari,
Aku ke bilik En. Abi... Errr maksud aku, bilik opis dia la. Nak mintak tandatangan untuk.... Untuk.... Ah, tak payah la nak tau. Kalau aku cite pun korang tatau jugak. Masa aku tunggu dia nak sign, baru la dia tanya aku ni orang mana, umur brapa, tinggal kat mana... Duk ngan sapa, study kat mana... Aku pun tak de la nak cepat sangat sign tu, so boleh la menyembang2 skejap...
Rupanya En. Abi ni orang nogori. Dulu penah blajar kat overseas, tapi family xcukup duit, balik Malaysia sambung kat UTM. Oh, begitu.... Tak details sangat la aku tau pasal En. Abi. Yang pastinya dia single dan duk sorang2 kat bumi Ganu ni. Ekekekeke... Dan aku rasa dia tu tak de la pendiam sangat. Cuma maybe 'bercakap bila perlu'. Dan dalam banyak ketua2 unit, bilik dia la aku tengok paling kemas!
Then tak lama tu baru la dia sign kat surat tu. Itu pun lepas ada call masuk mintak dia cek apekebenda ntah. Pas dapat sign aku pun kuar la. Sambung buat kerjaa.... Dalam 10 minit lepas tu, telephone dalam bilik unit aku bunyik. Kebetulan aku yang ada dekat, aku pick up la.....
'Chenta, petang karang free x...?' Uikkk En. Abi nak ajak aku kuar ke... Huiiii huiiiiii....
'Petang balik opis free la... Nape En. Abi...' jiwa dan ragaku dah hampir mengecutttt..
'Ok la tu, nak ajak gi makan... ok ke?' huiiiiiiiiiiiii En. Abi nak ajak aku kuar weiiii
'Emm... ok. Kat mana...' serius aku tak caya
'Mcd kat Giant... datang eh...' Mcd tuuuuuuuuuuu
'ok...' yessssssssssss!!!
Lepas letak phone memang aku tak tentu arah. Duk kat meja termenung muhasabah diri. Betul ke En. Abi ajak aku kuar ni. Siyes macam tak caya. Sebab sebelum ni tak pernah pulak aku dengar En. Abi kuar dengan staff opis ni. Hishhh ni kalau Apis kepoh tu tau, konpem aku kena usik kaw kaw ni....
Dan soalan yang sering bertandang dalam kepala hotak aku....
'En. Abi suke kat aku ke?' emphhh....
Lunch pun aku makan sikit aje. Dek rasa terlalu hepi gila baban. Dek rasa tak percaya. Buat kerja pun kadang2 laju, kadang2 slow. Slow tu akibat sibuk duk pikior ate betui ke idak ni... Hahahaha.... Bila 15 minit waktu opis nak habis. Aku pi solat asar dulu, then boleh la cuci muka, touch up2 skit kan...
Dah sampai Mcd, aku cari parking. Keta En. Abi dah ada dah. Huihhh laju gileeee... Siot ahhh... Takkan ada bunga ros, lilin bagai kot kat atas meja... Huii... Dah check taik mata tak dak, aku masuk aje la. Pasrah la apa yang akan jadi. Tup2 aku nampak......
Nampak......
Aku nampak.....
Erkkkk.....
Biar betuiii...
Aku nampak Apis kecoh, Siti, En. Jam dan beberapa staff yang lain pun ada jugak kat situ... Cehhhhh!!! Cehh!!! Cehhh!!! dan cehhh!!!!
Tak suke Abi, tak suke abi, tak suka abi, tak suka abi!!!!! eeeeeiiiiii
malu mak nokkkkk!!!
moral of this story : aku memang cepat perasan!!!
3 comments:
hahahaah!! ingat incik abi ajak date lettewww :p
kekekekekeke.. suspen betul cerita ni.
hehe..ingatkan ajak kuar berdua je..hehe :p
Post a Comment