Thursday 27 December 2012

BISKUT KACANG KEMBANG TAPI SEDAP!!

Assalamualaikum
Sejak beberapa hari lepas aku macam gian nak mengoven. Dah lama tak buat kek, dah lama tak buat benda mengarut. Mulut ni dah teringin nak mengunyah balik. Patut la muka dah mula mengembang. So tercari2 resepi yang mudah dan bahan2 yang tak payah dicari dah.

Pada mulanya nak buat Kek Coklat Moist. Tapi sayangnya serbuk koko tak ada. Nak gantikan dengan milo, tapi tetiba macam malas pulak. Pastu pikir punya pikir, nak buat Puding Roti. Tapi susu segar tak ada, roti pun tak ada. Malas nak pegi beli. Pastu ternampak biskut kacang! Yawww!!! Maka terhasil lah Biskut Kacang Kembang Tapi Sedap. Hahahaha.


Ini loyang yang kedua. Loyang yang pertama buruk gila. Tapi hasilnya hamboi, kembang sampai tak muat berhimpit2. Macam perli tuannya aje kannnn... Tapi sangat sedap! Mabeles! 

Selalu aku pegi rumah orang, Biskut Kacang diorang macam dia blend hancur gila. Bila makan dia melekat kat dalam mulut. Yang aku buat ni, macam biskut kacang kt kedai sebijik seposen tu. Rangup!. Resepinya aku amik kat blog PCM ( Pak Cik Mat ) Tapi aku ubah2 sikit.

Resepi :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu kecik baking powder. jangan terlebih nanti kembang mcm aku punya.
- 1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya dan si kisar) jangan kisar terlalu hancur.
- 1/2 cawan gula halus
- sedikit garam
- 1 bijik kuning telur sahaja.
- untuk hiasan boleh calit kuning telur kasi lawa n letak la pape pun.

>> Cara nya campur semuanya, dan tuang minyak sehingga boleh digentel2  jadi doh. Gentel2 ikut suka bentuk macam mana, letak dalam loyang yang disapu dengan mentega or minyak. Then bakar selama 20 hingga 25 minit! Siap!! Adunan ni boleh dapat dalam 2 loyang aje. Dalam 50-60 biji.

Salam Sayang,

1 comment:

aDisH.sHidA said...

AKAK BUAT XPERNAH PLAK LETAK BAKING POWDER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...