Wednesday, 8 August 2012

SHARING IS CARING - KHAS BUAT WANITA


Assalamualaikum,

Tadi buat kerja sambil dengar masjid berdekatan ada buat ceramah. Kuat. Sampai dengar kat opis. Tapi kebetulan jugak aku ada kat hall bawah. Ada kerja kat situ. Sambil2 dengar banyak jugak la yang aku merempit salin kat kertas ni haaa...

Kata ustaz tersebut :

'Selepas peristiwa israk-mikraj, Rasulullah pernah menyampaikan satu khutbah khas untuk wanita. Kata baginda, majority penghuni neraka adalah kaum wanita... '

Sebab kenapa ramainya wanita dalam neraka hanya 2 :
Mengumpat
Mengumpat ni biasalah kan. Semua orang tahu pompuan suka mengumpat. Mana2 pegi ada aja benda nak diumpat. Tak payah pergi mana2, duk diam2 kat kerusi 3 jam pun boleh dapat dosa mengumpat. Kat FB pun berlambak boleh dapat dosa mengumpat. Ye dak??
Menidakkan kebaikan suami (tak bersyukur)
Suami punya la baik, buat itu buat ini, tapi langsung tak dipandang. Malah lagi memburukkan suami. Kira isteri derhaka la ni. Kadang2 berdosa dengan suami bukan nak tunggu nak sepak terajang, maki, tengking suami baru dikira derhaka. Tapi since dia terkecik hati, terasa hati dengan kita pun, kita boleh dapat dosa tau! Walaupun cuma sebab benda yang kecik. 

Ramai yang langsung tak dapat pengajaran kalau tengok drama pasal isteri derhaka. Yelah, dalam drama duk tendang2 laki, tengking2, bolot harta. Baru orang kata isteri derhaka. Then duk pikir, diorg tak buat macam tu. Dimakinya pulak isteri2 derhaka tu. Padahal diri sendiri buat suami kecik hati tak sedar! Kan...

So, pesanan Rasulullah pada kaum wanita sebanyak 3 kali dalam khutbah tersebut...

'Bersedekahlah, bersedekahlah, bersedekahlah...'

Kerana bersedekah itu, dapat mengurangkan keinginan mengumpat dan dapat mengurangkan dosa mengumpat.

p/s : so, memperbanyakkanlah menderma dan bersedekah. jangan kedekut sangat okey. benda yang baik, dan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. sharing is caring!! 

- maafkan sy if ada kesilapan dalam info. sila betulkan ye.

Salam Sayang,

5 comments:

Citarasa Rinduan said...

Ini etry kedua ttg ahli neraka wanita y lebih ramai.. Tadi kak bc di blog panglima a.k.a pak din..


Thanks bkongsi. Moga kita dijauhkan dr golongN tsebut. Dik... Klu kita xmampu sedekah rm atau harta benda.
Kita sedekah senyum ya

Mrs. Abi said...

hehehe senyuman pun boley... haha

kiera'sakura said...

rasanya kalau saya dah bersuami mesti suami saya tercekik hati terkecik jiwa dengan perangai saya yang suka tido tapi lupa nak gitau.. huhuhuhu

Mrs. Abi said...

erkkk..tido pun nk kena bagitau ke kiera.....hahahaha kalo sy, sy tido aje le... tp salam awal2 la sblm masuk tido... pastu terus tido...

Iffah Afeefah said...

mekasih perkongsian ni awin

org lme da sedr tapi stil wat jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...