Monday, 13 August 2012

TIPS : PIKAT HATI MERTUA


Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi macam mana nak ambil hati mertua, bakal mertua, atau orang tua. Baru2 kawin ni, ramai yang agak2 segan dengan keluarga belah mertua kan. Kita tak tau apa yang mertua kita suka, tak suka. Suka tak suka seseorang tu tak sama. Tapi, common sense nya yang kita patut tahu ialah...

Buah tangan
If kita pergi ke rumah mertua, bawak la buah tangan yang mertua kita suka. Macam kuih2 tradisional ke. Buah2 ke. Kalau boleh, kuih tu buat la sendiri. Airtangan sendiri kat lebih bermakna. Pastu baru la ada topik nak menyembang. Tapi jangan tipu. Kang kalau ditanya resipi, habis kauuu...
walaupun bukan kategori buah, 
tapi tetap dipanggil buah tangan bila dibawa ke rumah orang lain. 
hehehehe. 
Masak
Mana2 mertua pun mesti suka menantu yang pandai masak. Kalau yang tak pandai masak tak apa. Tapi kena rajin tolong mertua kat dapur. Jangan la pulak mertua kat dapur, tapi menantu tengok TV. Walaupun adik2 ipar tengok TV, kita mesti kat dapur dengan mertua. Walaupun mertua cakap tak payah tolong, but u have to! Tapi at least, masak la sejenis lauk yg simple2. Kan?

Rajin
Kena rajin. Tolong masak, potong2 sayur. If mertua cakap santan habis ke, jangan la pegi panjat pokok kelapa pulak. Offer diri nak pegi beli. Hehehe. Tapi konpem mertua tak kasi ke kedai. Tapi juz offer2 ayam aje. Hehehe. Tunjukkan kita ni sanggup buat ape saje.

Menyembang
Kalau mertua suka menyembang. Memang kena jadi kaki sembang. Kalau mertua kaki tak sembang, buat2 la sembang. Buat2 la tanya macam mana nak buat tu, nak buat ni. Walaupun dah tahu. Orang tua suka sangat la kalau kita puji masakan dia, then buat2 excited nak tau resipi. Konon best sangat la tuh. Padahal GOOGLE kan ade... Hahahaha...


Murah hati
Selalu la belikan mertua tu baju ke, tudung ke, tak perlu mahal2. Tapi cukup sebagai ingatan kita untuk dia. Bukan bodek okey. Haruslah ikhlas... :)

Jangan gedik
Walopon kau dah berlaki, jangan buat2 romantik depan orang tua or family diorg. Means tak payah la nak gedik2 duk bertenggek or landing atas riba laki korang time tengok TV walaupun kat rumah selalu bertenggek. Berbulu mata tau. Dan tak perlu nak berdarling2, berhoney2 sangat la. Saya awak pun dah cukup if berada di khalayak ramai. Kang ada yang muntah hijau. Macam la kauuu sorang aje yang kawin. Tak payah la nak gedik sanggaaaaatttttttt... (tone pemes kat opis).
geli mak nokkkkk!!!
Salam Sayang,

10 comments:

Iffah Afeefah said...

erm memang setuju sngt
ibu slalu buat bende tu

kiera'sakura said...

baek awak akan saya praktikkan yang lain tak praktik lagi tue.. hihihi

kalau gi umah bakal mentua bwk barang smpi mama dia kata "bawak ape lagi tue ira" yela walau datang 2 minggu sekali, 2 minggu sekali la plastik penuh :p

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sejak kawen 10 tahun baru sekali pernah masak kat sana. hehehe..tu pun sbb mereka busy kemas luar rumah.

bab gedik tu mmg terbaik, mertua dan ipar duai anti ooo dgn org gedik ni

Mrs. Abi said...

iffah : heheehehe... nnti anak ibu la pulak kena praktikkan...

kiera : amboiiiii... hahahahaha... mcm xsbr je kan...debar x...hahaha

kak LM : tau tak pe kak, selalu mertua ngn ipar duai ni sekepala...hahahaha

aDisH.sHidA said...

bila dapat praktikkan semua nie..tp rasa nya mcm ada yang dipraktikkan je..walau bukan dengan bakal mertua hahhahaa

Mrs. Abi said...

kak shida : paham paham!!!! hahahahaha amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Pecinta pink^^ said...

belum boleh praktik kan lagi..hehe, btw,nice:)

ayut said...

hihihi..tang google kan ada tu tgelak jap.nnt nk jumpe bakal ni..blhla praktikkan nnt.bkn kaki borak,ajak jgk borak.hahaha

Citarasa Rinduan said...

Likeeee

nazratul nazia said...

bedebar2 nk p umah mentua...sy dh la mmg xpandai masak pastu pemalu n xpandan nk sembang....mcm xnk balik umah mak mentua jek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...