Tuesday, 14 August 2012

RAYA KANAK2 DULU LEBIH HAPPENING!!


Assalamualaikum,

Raya dah nak mai dah ni. Hari ni dah 25 Ramadhan. Lagi 4 hari lagi nak raya. Sangat 'eksaited' nak smbut raya tahun ni. Awat 'eksaited'? Aahh, bape kali nak cakap... Tapi walau 'eksaited' mcm mana pun, raya sekarang sangat tak sama dengan raya zaman kecik2 dulu. Boleh tengok suasana kanak2 raya dulu lebih meriah, happening dari raya kanak2 sekarang ni. Betui dak?

Bunga api
Kalau dulu, lepas terawih semua kanak2 keluaq main bunga api. Anak2 jiran semua join sekali. Mak ayah pun sonok aja sembang2. Main bunga api yang batang dia merah yang biasa tu. Banyak asap. Sampai semput. Ada jugak main yang keluar banyak2 kaler tu. Dan paling cun yang besi tu. Kalau malam raya lagi meriah. Tapi laaaa ni, lepas terawih kanak2 balik duk umah diam2. Duk tengok anak2 jiran ni, senyapppp aja. Tak dak pun main bunga api dalam kawasan rumah. Haih, pelik sungguh. Tak feel sungguh raya!

Malam raya
Malam raya lagi seronok. Kami kumpul telur busuk (tembelang) sebanyak yang boleh awal2. Malam raya tu buat team. Kalau tak dak telur busuk, rembat aje telur dalam peti ais sorang 3, 4 biji kat rumah. Mana mak ayah pasan. Kumpul2, then main perang2. Memang jenuh la lari satu kampung. Balik rumah konpem kena bebel sebab busuk gile!! Tapi laaaa ni, malam raya tak seindah dulu. Tak ada lagi kanak2 duk meriah lari sana sini. Semua duk dalam rumah. Kalau ada pun duk kat laman main elok2. Tak feel sungguh raya!

Hari raya
Kalau pagi raya, balik smayang raya terus berkumpul salam2 dengan sanak sdara yang berkumpul. Then makan2. Pastu sepupu sepapat yang sama baya pegi beraya rumah ke rumah. Rumah tak kenai pun pegi redah aja. Tapi depa tak halau. Tapi laaaa ni, lepas makan pagi raya semua duk terbaring depan TV tengok drama raya. Kalau nak pegi beraya pun juz dengan parents. Kalau ada budak2 kampung mai raya, diorang buat layan tak layan aja. Kadang2 hulur duit ikut celah pagar. (oh sebab tu la kot dah tak ramai budak2 jalan raya satu group. tak dilayan rupenye ye... kesian). Tak feel sungguh raya!

Duit raya
Dulu pegi redah raya selalu dapat 20sen, 50sen. Dan aku penah dapat 5sen! Caya jangan tak caya. Memang kena kutuk la. Hahaha. Siyes. Memang tak ada la orang kasi RM1. Kalau ada pun if pegi dengan parents. On day way balik rumah tu purse dah berat dengan syiling. Walaupun tak la sampai beratus2, tapi seronok sangat! Duit tu kira2, masuk plastik ikat getah then simpan dalam almari. Tapi laaaa ni, RM1 tu dah tak ada nilai. Paling koman RM5 la. Tu pun if pegi dengan parents. Duit tu habis buat beli topup aja. Tak dak la nak simpan2. Tak feel sungguh raya!
yang bestnya kalau kat kampung uwan dan pakcik2 akan mtk kami undi sendiri angpau raya dalam kotak. sorang amik satu. tapi isinya ikut sapa bertuah. if ada yang dapat rm1 nasib la. yang paling banyak dalam tu rm50 sapa yang dapat, untung lah!!

Makanan raya
Tapi apa yang lebih meriah berbanding tahun dulu2 pada zaman laaaa ni, ialah bab MAKANAN!! Kalau dulu pegi raya rumah orang, juz kuih-muih semperit aja. Pastu sirap. Kalau yang advance sikit bawak keluaq ketupat. Rendang pun jarang bawak keluaq. Simpan aja la korang kat dapur tu. Memang jarang emmm tak dak la tuan rumah angkat keluaq bihun ka, laksa ka... Tak dak! Tapi bila pi mak ayah punya la sembang lama. Sampai kembung dah perut duk telan kuih. Tapi laaaaa ni, tu diaaaaa macam2 ada. Kadang2 kuih raya pun kadang2 aja ada. Yang banyak kek lapis, kek itu, kek ini, nasi minyak, nasi itu, nasi ini, sate ayam, sate arnab, sate beruang semua ada!!. Tapi, pas makan, terus lesap. Mai nak makan aja. Betui dak. Tak feel sungguh raya!

p/s : rindu sungguh la zaman raya dulu2. sangat rindu. wahai adik2 and generasi moden zaman laaaa ni, tersangat la rugi kamu semua, tak menikmati zaman kami2 akak2 ni masa kecik2 dulu. dan kepada kamu kamu kamu bebudaks bandar. tersangat la rugi kamu tak menikmati raya cara raya budak kampung. walaupun zaman dah berlalu, tapi sempat la aku menikmati saat2 indah tu. yang penting, enjoy!!!!

Salam Sayang,

7 comments:

nur amalina athman said...

bila baca tajuk nak komen: betul2 raya kanak2 dulu lebih happening..

bila dah baca habis satu entry: memang best raya dulu2..rindu lahh pulak zaman dulu2..:(
bukan takat raya ja, semuanya tentang zaman kanak2 dulu lebih banyak kenangan dan lebih best berbanding skrg yang mana kanak2 skrg hanya tau main game PS or game kat tenet, tngok ceta katun.itu ja banyak.

p/s: panjangnya komen..hihi..

Mrs. Abi said...

hehehee kan..best kan

Citarasa Rinduan said...

Betul2.. Kesimpulannya raya u budak2.. Heheee

mmg betul dpt 50sen kira btuah..

Ps; thanks.. Tiap2 hari sblum azan subuh wish salam ramadhan. Terharu ssgtttt

Mrs. Abi said...

kak ayu, thanks jugak kad raya tu...hehehe

kiera'sakura said...

itulah zaman kita rapat dengan sepupu sepapat pasal nie la, rajin lepak main sesama... la ni semua buat hal sendiri layan psp

Iffah Afeefah said...

skng gne psp main bunga api x? hahaha

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

berbeza sgt zaman dulu ngan sekarang.tp zaman skrg duit raya byk ooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...