Friday, 3 August 2012

TAUHU SOS TIRAM



Assalamualaikum,

Lupa dah bila masak benda alah ni. Ada balance tauhu (kedah panggil tohua) dalam peti ais. Aku ni kadang2 suka reka2 benda pelik2. Kadang2 ikut sedap aje nak letak ape pun. Tapi simple2 aje la. Tak la macam chef2 tuh. Apa yang ada dalam peti ais, itu le yang aku masak. Tauhu ni aku selalu masak sambal. Oleh kerana cili boh dah habis, malas nak pi beli, so tetiba pulak idea jadi macam ni.. Hehehehe...


Petua :
Elakkan tauhu berbau masam, sebelum simpan dalam peti ais, cuci bersih dan simpan dalam bekas berair dan taruk sedikit garam. Tapi if beli tu dah berbau, sebelum masak cuci dengan air garam. Bau hilang, kadang bila potong dia mcm melekit sikit, lekit pun boleh ilang. Ini tauhu simpan dah sebulan lebih kot. Boleh tahan lagi.

Resipi :
- 4 keping tauhu (dipotong2 dan siap digoreng)
- 1 bijik bawang besar (potong 6)
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- Rempah (cengkih, bunga lawang, kayu manis.. sikit2 aje)
- Sayuran lain (carrot, bunga kobis etc)
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap
- 1 sudu sos tomato (kalo xde xpe)
- Gula, garam, perasa
- 1 biji tomato (potong ikut suka)


Cara :
- Tumis bawang putih, bawang besar, rempah2 tadi. 
- Bila naik bau, masukkan carrots. 2 minit.
- Masukkan cili api
- Masukkan sos tiram, kicap, sos tomato, gula, garam, perasa.
- Masukkan tauhu yang digoreng.
- Tutup api then baru masukkan tomato.
- Siap!!

Salam Sayang,

5 comments:

kakchik@ella said...

wahhh dik. nampak sedap dan senang.

cik chinta said...

sesuai sgt utk org idup sorg ni, simple

Iffah Afeefah said...

sangat simple

cm best je nmpak kan

Mrs. Abi said...

hahaha simple kan... kalo xsimple xde le sy nk buatnye...hahahha

kiera'sakura said...

ohhh mcm tue erk nk buat dia tahan lama.. tenkiu tenkiu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...