Assalamualaikum..
Rasanya mungkin tibalah masanya kot aku nak kongsi pengalaman pertama pregnant anak sulung ni... Pengalaman yang sangat indah, debaran yang penuh teruja bila tahu diri ini bakal menjadi seorang ibu. Hepi, gembira, suke, bahagia, semua bercampur2. Sangat tak sangka rezeki 'itu' secepat ini. Syukur sangat. Lebih2 lagi tengok encik suami yang over excited.
Kisahnya bermula bila aku rasa asyik nak terkentut2. Rasa perut kembung, badan rasa tak sedap macam banyak angin. Selalu bila nak period mcm tu, tapi kali ni rasa pelik sikit la. So, aku juz syak aje. Sebab time tu sebulan selepas kami kahwin. Then balik kerja pegi beli pregnancy test. Memula pegi ke 'Watsons' tapi tak jumpa. Nak tanya kat cashier, segan sebab laki. So, beralih ke 'Guardian'. Terus tanya aje kat gurl tu. Dah dapat aku sembunyikan dapat handbag. Tak bagitau encik suami pun. Bukan ape, takot dia pulak yang excited. Kang kalau negatif, kesian aje.
Esoknya aku takot nak test. Simpan dulu. Lusa tu baru aku bangun pagi2, test. Kebetulan encik suami time tu cuti, tak sehat. So, dia belum bangun, aku cepat2 bangun dulu nak test. Tengok2 toinggg!!! Naik 2 line... Peh... Kecut perut aku... Meremang bulu lengan, menitik2 peluh kat dahi, menggeletar tgn ni ha. Serba salah nak bagitau ke tak kat encik suami. Tapi nak tak nak, kena cakap jugak. So, aku hulurkan aje la benda tu kat dia.
Lepas dia tengok, dia belek2 macam tak ada perasaan. Then tanya aku kat mana nak tengok suhu dia. Time tu aku dah blur! Aku rasa mcm result yg aku tgk tdi tak betul sebab aku tak tengok suhu. Frust. Tapi kat mana nak tengok suhu?? Aku blur, dia pun blur... Then kami belek2 cari kat mana nak tengok suhu. Tetiba dia cakap " kena guna dulu kot baru kuar suhu..." then aku cakap la aku dah guna dah tadi, tapi tak ade pulak tgk suhunya...
Punya la duk blur2, rupanya dia ingatkan aku belikan kat dia termometer nk sukat suhu badan... Uiii, tak ada masa la ceq nak beli benda alah tu semata2 nak tengok suhu badan berapa. Demam makan ubat sudah, tak payah nk bersuhu2 pulak. Bila aku kasitau itu pregnancy test, lain betul muka dia. Pastu sibuk mintak kotak nak baca cara guna. Jenuh pulak la aku geledah tong sampah. Baca punya baca punya baca, konpem positif... Hehehehe...
Punya la duk blur2, rupanya dia ingatkan aku belikan kat dia termometer nk sukat suhu badan... Uiii, tak ada masa la ceq nak beli benda alah tu semata2 nak tengok suhu badan berapa. Demam makan ubat sudah, tak payah nk bersuhu2 pulak. Bila aku kasitau itu pregnancy test, lain betul muka dia. Pastu sibuk mintak kotak nak baca cara guna. Jenuh pulak la aku geledah tong sampah. Baca punya baca punya baca, konpem positif... Hehehehe...
Bila tau aje positif, terus aku dapat hadiah ciom sebijik kt pipi ni dengan mulut tak bergosok gigi olehnya. Hahahaha. Time tu jugak dia tak kasi aku pi kerja aritu. Dia suh aku mintak cuti, ajak pi klinik terus. Bila dah pi klinik, doctor pun dah konpemkan yang aku pregnant. Time tu usia kandungan aku baru 3 minggu. Tak sampai lagi sebulan. Tersengih aje kitorg. Hehehehe...
Sekarang kandungan dah 16 minggu. Hope kali ni boleh scan dan boleh tau jantinanya. Sangat tak sabar.
Sekarang kandungan dah 16 minggu. Hope kali ni boleh scan dan boleh tau jantinanya. Sangat tak sabar.
p/s : macam tak caya aje dah nak jadi mak orang. rasa macam baru je aritu amik SPM. kikikiki...
Salam Sayang,
5 comments:
aah, btul tu, perut rs kembung nk buang angin je, spi skg ke perut cmtu ek?
sweet nya.
lambatnye share
patut mase tau tu terus cite heee
tersenyum sy bace sensorg entry ni
#tahniah awin, hope dpt jmpe awin, encik abi dan babynye skali
cik chinta : bulan 1st je rs nk kentut2...bila start 2, 3 bulan tu rasa sengal kat ari2,sakit pinggang...
yanty: sweet la sangat hahahaha
iffah : nak bgtau awal2 tp takot org salah paham sbb bunting pelamin. huhuhuhu...maceh iffah...
tergelak sorang2 baca dok tgk suhu.. suhu kenamanya hahahahaha
eksaited kan nk tgu baby kuar
Post a Comment