Monday, 1 October 2012

SUAMI BERUBAH HATI, SALAH SIAPA?

Assalamualaikum,

Lelaki ni kalau kita tahu memang semua kalau boleh nak yang simple aje. Yelah, macam suami aku. Bila masak hias lawa2 katanya ‘tak payah la lawa2 sangat’. Bila nak masak lauk pun, katanya ‘masak simple2 aje, ada makan, xde pun xpe…’ And kalau dia ajak keluar makan pun, kita nak melawa katanya ‘alaa tak payah la lawa2 sangat. Pakai biasa2 sudah’…

Tapi walau apa pun, kita sebagai isteri a.k.a perempuan mesti selalu kena jaga. Orang kata, beringat sebelum kena. Lelaki ni, memang suka simple, tapi bila dah datang anginnya, haaaa tu yang bahaya... Tak siapa boleh jangka.

Meh aku nak cita kat hampa. Aku ada sorang sepupu ni. Hidup memang aman bahagia. Laki bini keja. Sepupu aku ni pompuan. Laki dia selalu la orang puji sebab baik. Means tak kisah sangat bab2 makan pakai. Kiranya tak cerewet la. Ditakdirkan suatu hari laki dia ni berubah hati. Semua orang terkejut!

Tak sangka suami sebaik dia boleh berubah hati?? Apa dah jadi?? Kat situ la sesi ungkit mengungkit berlaku. Satu per satu laki dia ungkit. Haaa nak salah kat sapa? Betui ka idak kau tak masak? Betui ka idak kau itu, kau ini? Jawapannya betui! So kau nak salahkan sapa? Haaaaa… Tudiaa… Pada awalnya ikut sangat kat laki itu ini, last2 kau yang terkena.

So moral of the entry, buat la sehabis baik dan ikhlas. Walau rajin mana pun laki kau iron baju ke apa, kau kena ingat ape tugas kau. Hati suami kena jaga, sebab syurga kita berada di bawah tapak kaki dia… Aku ni baru kawin, so cerita2 ni semua aku kena ambik sebagai pengajaran dan aku kongsikan kat hampa.


Salam Sayang,

3 comments:

kiera'sakura said...

sama la mcm kwn2 kira. depa dok jaga badan xbg gemok sbb katanya mmg la nie laki kata "xpa abg terima seadanya, abg tak merungut pun kalau gemok" tapi bila sampai masanya itu yang jadi alasan depa nk mencari yg lain . wallahualam

Iffah Afeefah said...

haila susa gak jage laki ni kan

memang skng kate xpe

tapi lepas ni?

#xpayah kawen la senang ye x?

Citarasa Rinduan said...

setuju lah...

apapun sbagai isteri kita kn ingat siapa kita.
lg satu masak2 jgn culas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...