Sunday, 7 October 2012

NAKALNYA AKU TIME SEKOLAH



Dulu aku ni nak kata nakal tak la nakal sangat. Tapi macam2 benda jugak la aku dah buat pasal kat sekolah. Dalam 2 bulan duk asrama, tiap2 minggu nama aku kena panggil kat assembly. Nak2 masuk bulan kedua. Semua idea plan buat nakai aku yg kasi dan aku jugak yang mengantoikan idea tersebut!

Panjat Pagar Hostel!
Time tu balik sekolah, warden tak bukak gate asrama. So, aku kasi idea panjat je lah! Buat pa nak tggu lama2. Kan dah waktu masuk hostel. Then depa sesenang hati panjat sbb tinggi. Tinggal la aku terkedek2 cari port pagar rendah untuk senang nak panjat (kaki pendek).Last2 jumpa port hujung sikit. Terlupa pulak port tu setentang dengan bilik warden. Ekekeke...

Ponteng Class
Satu ari kat class semua cikgu meeting. Bosan, ngantok, kebetulan aku selsema. Then aku ajak depa balik hostel tido. Sia2 je dtg class if cikgu xmasuk. Baru nak landing atas katil, bunyi tumit cikgu naik atas. Arghh!! kelamkabut sembuyi celah2 rak baju. Elok cikgu dah blah bilik sebelah, aku mai kebas kaki, nak lunjur kaki, tersilap tepis rak, ehhh ehhh ehh ehhh.... KEBABOM!!!

Ponteng Solat Kat Masjid
Ini pun aku malas sangat. Tiap2 waktu kena pi masjid. Ruang wanita sempit. Kena tunggu turn. So aku pun buat plan nak solat kat dorm je. Bila zohor, asar tak kantoi, aku cuba pulak nak ponteng pi masjid utk maghrib dan isyak. Hehehe, macam biasa, kantoi. Ada sportcheck kat masjid. Malam tu aku dan geng serta ada beberapa orang lagi kena denda, tawaf masjid 7 kali dengan berpakaian lengkap bertelekung. Tebal gila muka kena booooo.

Ponteng Gotong-Royong
Selalu hari Jumaat kat hostel akan buat gotong-royong kemas dorm. Then akan di check dan ada kategori dorm terbersih dan terkotor. Ramai budak dorm balik minggu tu. Tambahan pulak pagi tu hujan. So aku dan geng ingatkan tak ada gotong-royong, announce pun tak ada. Syok tido sampai la warden naik nak check bilik. Tengok2 bersepah. Terus satu bilik kena denda lari keliling padang dengan baju2 tido skali! Yang pakai baju kelawar tu nasib lah, yang pakai kain batik pun. Aku? Aku pakai baju bilik bedah, papa aku xgune sbb size kecik. Besar jugak kat aku pun. Dah rupa orang pesakit mental je!!

Balik Outing Lambat.
Hujung minggu kuar outing. Syok kesana sini. Outing student laki dan pompuan hari lain2. If lelaki Jumaat, pompuan Sabtu. Semalam punya outing depa cakap guard takde. Dengar2 kata guard cuti sakit. So, aku lenggang2 kangkung balik lewat. Tup2 warden tercegat depan pagar dengan sebatang PEN MERAH!! Kad outing minggu ni merah, minggu depan punya outing kena HOLD!!!

Sangat banyak la kenangan. Kat sekolah kalau tak nakai, tak ada kenangan. Bayangkan kalau nakai2 tu tak dak, ape yang nak dikenang? Apa yang nak diingat? Mengadap buku 24 jam? Tapi percayalah, yang nakai2 tu time sekolah aje. Bila dah besar, dah jadi orang dah. Dah jemu dengan semua tu.

Salam Sayang,

3 comments:

Unknown said...

xckop nakal lg tu hahaha

Kira Sakura said...

betoi la klu x nakal xde menda nk dikenang hihihi

Lydia Miza said...

la...nape tak buat benda pelik2 yg lg mencabar? ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...