Thursday, 25 October 2012

TART TELUR CUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum,
2, 3 hari lepas teringin nak buat blueberry cheese tart, tapi semalam pi cari bahan cream cheese tapi tak ada. Tengahari tadi pegi MydinMall sorang2 cari. Tapi ade yang kotak besar la pulak. Filling blueberry pun tak ada. So bergerak ke Pasaraya Giant pulak. Sebelah Mydin aje. Nasib baik ada kotak kecik. Tapi filling blueberry tetap tak ada. 

So cepat2 untuk masak tengahari tapi untuk makan malam. Masak awal supaya abang balik keje tak dapat kesan yang bini dia ni hilang pi MydinMall tengahari tadi. Kikiki. Kalau dia tau konpem dia tak kasi pergi. Tapi time nak kuar dari Giant tu terserempak dengan staff lama aku dulu yg skrg ni staff abang (dulu aku satu opis dgn asben). Tapi last2 dia tau jugak. Yelah, semalam tak ada cream cheese, skrg ade mana nak dapat pulak kan...

Oleh kerana terlalu eksaited nak buat tart, tak dapat buat blueberry cheese tart, dapat buat tart telur pun jadi lah! So buat la adunan dia. Ikut resepi suruh simpan semalaman dlm peti ais. Tapi malam ni tak sabar, terus buat. Kikikiki.

So terhasil la tart ade yang tebal ada yang nipis, ade yang elok dan ade yang hangus. Ini saiz kecik, besar muffin aje ni. Aku pun xpenah makan kecik mcm ni huhuhuhu...

Dan macam biasalah, yang hangus dan hangit mesti ada....

Resepinya...
Untuk Crush/kulit/pastry
170 gm margerin@butter
50 gm gula kastor
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu esen vanilla

Caranya
- kacau laju2 marjerin + gula kastor laju2 dengan senduk kayu.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi laju dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sikit2 dan uli sampai lembut
(Kalau nak elok, simpan adunan semalam dalam peti ais. Tapi aku simpan sekejap aje.)
- Masukkan adunan nipis dalam acuan dan bakar selama 20 minit (itu aku punya oven. anda semua agak2 la ye.

Untuk isinya (telur)
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan air biasa
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 sudu esen vanilla
- pewarna kuning

Caranya
- Bancuh semua dan kacau sehingga gula hancur. Dan tapis. 
- Tuang dalam kulitnya tadi dan bakar lagi dalam 20 minit.

Salam Sayang,

2 comments:

Kira Sakura said...

kira ritu pestime buat cheese tart pastry dia xbpe nak menjadi.. second time buat pun mcm xmenjadi.. pastu bakar yg second baru dpt rentak dia.. baru la menjadi.. rindunya nak mengetart hihihihi tp bluebery mmg lg sedap dari kiwi :)

Izan Ishak said...

kak izan selalu teringin nak makan blueberry cheesetart lah... egg tart lah.. tapi kan tak pernah buat sendiri. *tak pandai sebnrnya, takut tak jadi :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...