Sunday, 28 October 2012

AKU TAK BALIK RAYA!!

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aildiladha.... Huii lamanya tak updated blog ni kan. Sibuk beraya ke? Hahaha tak ade lah. Aku tak balik raya pun. Macam yang aku cakap dulu2 abang seorang yang workaholic. Mungkin sebab dah lama hidup membujang, so apa yang dia fikir hanya kerja aje. Sehari sebelum raya, dia whatsapp, 'kalau nak balik cepat siap2, nanti balik kerja terus gerak...' mana la sempat nak kemas baju. Aku ni pulak bukan jenis tinggal rumah sepah2. Sebelum kuar gi mana2 mesti kena pastikan rumah kemas dan baru senang hati nak berjalan.

So, amik keputusan untuk tak balik. Lagipun nak merasa beraya berdua di rantauan orang... Poyokan? Jadi hari raya pertama kami adalah dirumah dan dirumah mak angkat abang. 

Sambutan hari raya kat sini (Terengganu) sorry to say, sangat tak meriah. Tak ade pun nampak orang kampung heret lembu. Semua lembu naik lori. Kalau kat Kedah, pagi2 boleh tengok budak2, orang kampung heret lembu bawak pi padang. Meriah. Pastu berkunjung2 ke rumah saudara2 macam hari raya puasa juga. Walaupun tak semeriah hari raya puasa, tapi amalan kunjung mengunjung tu tetap ada. Rasanya lagi best kot sebab sana sini kenduri korban la, aqiqah la, cukur jambul la....

Gitu aje lah pengalaman raya kami. Cuma makan dah terlebih, macam dah lama sangat tak jumpa daging. Hahahahaha....

p/s : nak tergelak bila abang usik budak gurl tu 'uihhh besarnya beg duit dia, raya haji tak kasi duit raya tau....' 

Salam Sayang,

1 comment:

hafiz hafizol said...

mmg kat terengganu x meriah pong,, :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...