Sunday, 21 October 2012

APA YANG PERLU DAN APA YANG TAK PERLU

Assalamualaikum
Okey baby dah berusia 18 minggu. So far kesihatan okey alhamdulillah. Cuma selera makan bertambah2 la pulak. Semua yang nampak depan mata, semuanya terasa nak jamah dan nak rasa. Sikit pun jadi lah. Pagi, tengahari, minum petang, makan malam, semuanya tak miss. Dan tadi godek2 dapur, terrrnampak pulak tart nenas yang raya hari tu masih ada. Tapi konpius, ada orang kata boleh makan, ade yang kata jangan. So, tahan aje la.
tart ala2 mcm gini la... 
tengok intinya tersembul, teringin la jugak kan... 
hahaha...
Bila dah mengandung, orang2 tua sangat tekankan soal pemakanan. Itu tak leh makan, ini tak leh makan. Satu untuk kesihatan, satu lagi takut effect pada baby. Antara benda2 yang aku dah di warning utk tidak makan n kena makan ialah....

PERLU MAKAN :
madu, susu, soya dan sebagainya. Katanya untuk memutihkan baby, dan untuk minda baby. Setakat ni, madu dan susu tu memang aku amalkan setiap hari. 

TAK BOLEH MAKAN :
kicap, nenas, minuman bergas, buahan bergetah macam jantung pisang, kopi, nescafe dan sebagainya. Katanya untuk elakkan baby hitam. huhuhuhu. Nenas  n minuman bergas tu memang tak boleh la kan.

DILARANG :
Selain pemakanan, perbuatan juga kena kawal. Tak boleh seksa binatang, tak boleh pukul binatang, tak boleh minum dalam cawan/gelas sumbing or bermulut luas, kalau beli ayam tu, mintak pekedai potong2 terus, ikan pun. Memancing pun tak boleh. Pesan makcik2 lagi, kalau boleh elakkan sembelih atau ceraikan binatang yang sempurna sifatnya. Maksudnya, kalau ayam, walaupun dah mati, tapi sifatnya sempurna ada kaki, kepala. So, elakkan potong2. Mintak orang lain buatkan. Masak yang dah dipotong2 aje. Yang tak nampak sifat dah. Paham dak?

p/s : tapi manusia adalah sebaik2 kejadian. Semuanya atas kehendak dan kuasa-Nya. Cuma berusaha.

Salam Sayang,

5 comments:

hafiz hafizol said...

Ok sy baca yg DILARANG tu sampai 2 kali kahkahkah. OVER kan. =p

Citarasa Rinduan said...

tq awin syer ttg ini..

info ssgt menarik.
moga kamu dan bb sihat2

kechixx hussain said...

banyakkan makan kurma...;) semoga ibu dan baby sihat selalu;)

Mrs. Abi said...

hafiz : mengandung jugak ke ape ni...hahhahaa

kak ayu : wc akak sayam

kechixx : terima kasih :)

kiera'sakura said...

soya tue xbpe elok minum rasanya. pernah dengar tp tak ingt apa dia. bkn tak boleh minum tapi tak elok amalkan. klu baby yg dah lahir kena elakkan selalu bagi soya sbb itu salah satu punca sakit buah pinggang. wallahualam. cuba awin gugel tengok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...