Monday 15 October 2012

MENYAMBUT KEPULANGAN SANG SUAMI

Assalamualaikum,

Tahu tak, istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuhnya di dlm rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat satu perkara yang kita kurang amik perhatian iaitu menyambut kepulangan suami.

Suami balik dari mencari rezeki, mesti mahukan layanan yang baik. Dapat tengok wajah manis isteri, comel lote tu dapat menghilangkan tension, penat, lapar dan dahaganya. Sabda Rasulullah saw :
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan." 

Isteri zaman sekarang pulak, kena tegur elok2 pun merajuk entah apa2. Suami pulak yang naik pening kepala. Macam mana gitu? So, para isteri sekalian, jadilah isteri yang solehah, bertaqwa, berakhlak mulia dan taat pada suami masing2. Bukan pada suami orang yeee… Sabda Nabi lagi :
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
p/s : senang untuk dapat pahala, dan senang jugak untuk mendapatkan dosa.

Salam Sayang,


3 comments:

Unknown said...

gamba awin ke tu?

tetttt

Mrs. Abi said...

bukan tetttttttttttt

Kira Sakura said...

ingtkan tue gamba awin hihihihi...

berat tanggungjawab seorang isteri tapi lebih berat pahala yang menanti ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...