Monday, 9 July 2012

REZEKI YANG BELUM PASTI

Assalamualaikum...
Hari ni cuaca sejuk. Bestnya kalau tido tak payah datang kerja. Emmm... Tapi kena datang jugak. Dalam tengah duk buat kerja, tetiba dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bukan handphone punye nombor. Okey, dari Office A____ B____ cawangan Kuala Terengganu.

Dapat interview kerja. Alhamdulillah. Dapat interview pulak disaat2 badan rasa tak berapa nak sedap sangat ni. Hari Rabu ni. Jawatan emmmm.... Basic RM1900 + allowance RM300 per month. Tangga gaji yang agak superb rasanya. Mesti kerja pun kena superb jugak. Opkos situasi kerja kat sana strict ya amat macam yang aku tau la. T__T

Ekceli sangat hepi. Tapi tetiba rasa risau. If dapat, alhamdulillah. Rezeki aku... Errr barangkali rezeki 'dia'. Mungkin? Entah, tak pasti. Tapi if tak dapat, aku mesti kecewa. T___T. So, nak kecewa dulu ke, nak cube dulu. Mesti ada yang cakap, tak cube tak tau... So, kena cuba. 

Now, perasaan bercampur baur. Dua-dua berita baik yang aku sendiri pun ragu2 dan belum pasti. Mungkin satu akan menggembirakan, lagi satu akan mengecewakan. 

p/s : harap2 dua2 akan menggembirakan. Amin.

Salam Sayang,

3 comments:

aDisH.sHidA said...

apa yg disuruh tu dah buat ke

Lydia Miza said...

salam..adik sayang.rezeki tu semua dr Allah.ingat tu. akak doakan awin dpt kerja tu. dan rezeki yg lum pasti tu sila usaha buat dulu br tau dia pasti ke tak pasti dik.i'm waiting...cpt dik!eh..akak lak yg tak sabar.

Mrs. Abi said...

kak shida : blom..huhuhu

kak lydia : hahahahaha...doakan ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...