Wednesday 3 October 2012

15 MINGGU

Assalamualaikum, 
Saiz bayi sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 
Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar
Hey ya,

Baby dah 15 minggu… Minggu depan checkup 16 minggu. Means dah nak masuk 4 bulan. Cepatnya masa berlalu kan. Lepas ni perut akan membesar dengan jayanya. Sangat tak sabar nak rasa pengalaman tu. So kena la cari baju pregnant yang lawa2. Hehehe… Walaupun duk kat rumah aje, tapi haruslah berseri2 moga2 cantik dan hensem bakal buah hati kami ni.

Now abang sangat sibuk kerja. Balik kadang2 lewat. Kadang2 makan pun tak. Malam2 pulak asyik mengadap kerja. Nak duk dekat, dia pulak smoking. Walaupun dah tetapkan PERATURAN, tapi oleh kerana dia sedang buat kerja, itu la makanan dia ibarat kunyah kacang. So, terpaksa la duk jauh2.

Tapi tak apa lah, semoga semuanya baik2 aje. Hope semuanya dipermudahkan.

p/s : rasanya entry selepas ni more to personal diary. Kalau geli, jgn baca. TQ
p/s : dah boleh rasa ketul tau bila tekan. tak sabar nk checkup next week...!! 

Salam Sayang,

2 comments:

suria lekatlekit said...

1st scan akak dulu 4 bulan.. punya teruja tgk baby dh jd orang..

Kira Sakura said...

sama la kita pun tak sabar nak rasa pengalaman tekan2 jumpa ketul tue Ehh hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...