Haip...
Selamat Jadi Isteri Orang
Dah 5 hari jadi isteri orang. Baru hari ni boleh online sekejap-sekejap. 3, 4 hari ni sibuk sangat. Aku dah selamat dinikahkan dengan suami tercinta Al-Farabi pukul 9.30 malam 6 June 2012. 2 kali lafaz. Hahahaha. Sebelum nikah duk hapal2 nak jawap ape, tapi boleh silap pulak kan....
Orang sepatutnya cakap :
" Aku terima nikahnya dengan mas kawin yang tersebut itu...."
Tapi dia jawap :
" Aku terima nikahnya yang tersebut itu...."
Pastu kena sound dengan tok kadi... Hahahaha..
" Dia kalut nak masuk tido ni...."
Tok kadi pun pandai buat lawak. Tapi sebak jugak la bila dah sah sah sume. Tak sangka aku dah jadi isteri orang. Tak kisah la kalau ada orang nak kata pun, encik Abi dah jadi suami aku. Dan yang penting aku bahagia dengan suami aku. Sangat2 bahagia!!
Kehidupan dirumah nenek mertua..
Kami suami isteri WAJIB bermalam kat rumah nenek dia selama 3 malam. Selama 3 malam tu terlalu banyak 'penderaan' mental dan fizikal yang perlu aku dan suami tempuhi. Kena ragging la lebih kurang. Tido tak pernah pukul 12 malam. Paling awal pukul 1 pagi. Paling lewat 3 pagi. Bangun pagi lepas stubuh subuh tu tak boleh tido balik. Means pukul 6.30 dah siap mandi2 solat. Pastu kena buat banyak kerja...
Kena ragging!
Orang kata pengantin baru ni RAJA SEHARI... Tak payah buat kerja, rileks aje. PENTIPU!! Aku sume kena basuh... Periuk, kuali, pinggan. Cakap je ape yang aku tak buat. Sume kena buat. Tolong masak untuk family diorang, maklumlah sume sanak saudara berkumpul kat rumah nenek.
Malam pertama
(*&^%$#%&^(*&^%$&^*(&^&^%$%$#$##%#%^&*((*(*&^^%$%$%$%^
wakakaka... itu pun xkn nak citeee...hahahahaa
p/s : Esok or lusa kalau jadi nak balik ganu. Nak bermalas-malasan kat rumah. Nak belajar berdikari hidup sendiri. If bosan2 encik suami cakap boleh jalan2 pi pulau ke... Bestnye!!!!
p/s : Encik suami lepas Isyak kuar pi mancing. Balik lewat kot. Hurmmm.... Pe? Ingat aku rindu ke? Hahaha... Malam ni xde orang nak tolong tutupkan lampu & pasang ubat nyamuk =.='
4 comments:
laaa kne rgging?
cis tak nak kawen kat kampung gni
hahaha
sereeemmm
nk tau sal malam ptama tu
ngn blik tu
ley ke lena mslhnye errr
tahniah sahabat nadh. hhihi. gembira bagi pihak kamu. :D
tahniah.....dah lain kan rutin selepas berkahwin..
a;a kalau kat kg mmg pengantin kena wat keje semua tu..basuh pinggan mangkuk periuk belanga kawah semua hahahahaa
nak tau jugak pasal malam pertam tu..wakakaka :p
Post a Comment