Assalamualaikum sayang!
Wah, sejak bila pulak aku bersayang-sayang ni. Jiwang nampak! Hahahaha... Sekali sekala ubah angin jadi romantik sikit, tak salah kan. Asyik orang pikir aku ni ganas aje. Mana boley...
Ekceli, hujung minggu aritu, aku kuar jalan2 dengan En.Asben. Dalam kete, baru dia cakap Zila, kawan baik dia ada datang sini. Ada kursus dan sambil2 makan angin. Aku kenal dengan kawan dia tu. Kenduri aritu pun dia pi. Kawan suami aku sejak sekolah menengah. Umurnya pun sebaya dengan suami aku. Tapi belum kawin.
Orangnya boleh tahan. Jenis yang jaga body. Dia peramah, suka gelak. Pada mulanya aku tak suka sangat pada dia. Sebab aku pikir dia ni seorang yang agak gedik. Serius kalau pertama kali korang kenal, mesti cakap benda yang sama. Suka show off! Tapi lama2, bila dah kenal, dia ok. Sangat baik orangnya. Cuma gedik tu aku tak boleh nak hilangkan lagi dari pandangan mata aku.
Memandangkan diorang sangat rapat dari sekolah, so bila aku keluar bersama2 aritu, aku banyak diam aje. Yelah, aku tak reti menyampuk bila 'orang2 tua' menyembang. Lagipun diorang menyembang pasal kawan2 diorang dulu, mana la aku kenal. Aku juz gelak2 aje la mana part yang kelakar. Tapi aku tak jeles pun. Sebab aku tau, kalau suami aku suka kat Zila, mesti dah lama dulu dia kawin kan? Sama jugak dengan Zila. Dan semestinya ada yang istimewa pada aku berbanding Zila! Rite kan dear??
Bila time nak pi amik makanan (self service) aku cadangkan diorang pi pilih makanan, dan aku pegi cari meja. Banyak makanan bergoreng, macam keropok, fishball, nugget etc. Dan bila nak makan, suami aku ke kiosk ABC sebab aku teringin nak mam ABC special. Dan tak lama, tetiba ada pekerja kedai tu datang kat Zila...
'Ni yang suami awak punya ke....' dia hulurkan hp suami aku. Mungkin masa nak pi pilih makanan tu suami aku tercicir kat sana.
Zila pulak terus gelak. Sebab orang tu dah silap paham. Bila suami aku datang, laju aje dia cerita.... Katanya, kali ni entah kali ke berapa dah orang fikir diorang ni suami isteri. Sebelum kami kawin pun dah banyak kali rupanya orang ingat diorang ni laki bini. Hurmmm... Yela, dia panggil suami aku 'Bi, Bi, Bi' mungkin orang ingat dia panggil 'Hubby' kan... Padahal memang orang panggil macam tu kat laki aku. En.Abi.
Tapi kalau aku tengok pun, bila diorang berjalan berdua, memang orang akan pikir diorang tu laki bini. Hurmm. Aku? Mungkin orang ingat adik aje kot! Laki aku ni dah 34 tahun. Kalau orang tengok pun, memang orang akan teka umur dia 30-an. Bukan 20-an dah. Dan Zila pun sama. So, memang kalau mereka berdua boleh dikatakan pasangan ideal. Tapi pada pandangan mata sahaja okey!
Tapi.... Aku tak jeles pun! Nasib baik aku kenal Zila sebelum kami kawin lagi. Kalau tak, mau aku merajuk sebulan! Hehehe... Walaupun Zila tu gedik, tapi dia sangat baik. So, aku tak kisah lah! Dah anggap dia macam kakak. Dan aku harap, hubungan kami akan kekal dan berpanjangan hingga ke akhirnya.
p/s : Sebagai seorang isteri, tak perlu kita nak cemburu buta. Dan tak perlu nak sekat hubungan suami dengan kawan2nya. Cuma selalu buat suami ingat yang dia ada kita, isterinya.
p/s : Kadang2 bila terlalu menyekat suami, boleh buat hubungan lebih dingin dan cepat bosan!
p/s : Jangan ada pulak yang mintak aku upload pic laki aku... Xdak!! Xdak!!! Hahahahahahaha....
Salam Sayang,
9 comments:
tak perlu kata apa-apa..cemburu tak salah,cemburu berlebihan itu cuma mengundang padah..percaya mereka jika hendak mereka percayakan kita..sesungguhnya kepercayaan itu mengukuhkan hubungan rumah tangga..
#ayat nak skema je sis..hahaa
ecececece.....poyo la kau budak.hahahahhaa
br nk mintak gamba en abi waaaaaa
erm.....tatau nak komen apa....bagus la awin mcm tu...kalau kak mesti ada gak terpalit cemburu tu hehe..
terguris la jgk ckit perasan cemburu...apa2...akak alwys igt suami akak tu yg dia dah ad akak...stop !
Bagusnya awk ni tak kuat cemburu. Kalau saya mungkin cemburu jugak walaupun seposen.
alamak...tetiba rasa mcm patut cemburu pulak....huhuhuhu... tp stakat ni xde la rs cemburu...juz think posotive je...tp xtau le lepas2 ni jd mcm mana...hope sume ok
Insyallah semuanya akan ok..cemburu tu patut ada sikit..sedangkan aisyah isteri nabi pun cemburu dgn siti khadijah kan..ops dh mcm ustaz don plak komen hahahah
kumbang jingga :
amin...cemburu tu ada...tapi tak la negatif....
Post a Comment